Monday 22 July 2019

Herba : Bawang Putih

Petua Hilangkan Batuk Berkahak Dan Gatal Tekak Dengan Bawang Putih 

 Cara-caranya : 

▪️1. Satu labu atau dua labu bawang putih bersama kulitnya

▪️2. Bakar bawang putih tersebut di atas kuali atau di atas api perlahan bersama kulitnya selama 20 hingga ke 30 minit. Pastikan jangan sampai rentung dan hangit.

▪️3. Makan bawang putih yang dibakar tadi 4 atau 5 ulas. Gigit dan telan begitu saja. Bawang putih yang dibakar sangat sedap dan lembut.

📝Pastinya selepas dimakan bawang berkenaan batuk anda tentunya akan berkurangan. Inshaa Allah, batuk akan berhenti dengan serta merta. Dikatakan lendiran kahak juga akan berkurangan dan kering setelah anda memakannya

📌 Nak elak selsema cuba amalkan makanan dan minuman berikut.

1.Bawang putih - bertindak sebagai antibiotik

2. Teh hijau - bantu keluarkan antibodi sel B. Bantu kuatkan sistem imun

3. Sup ayam - elektrolit dan fluid dari sup punya kandungan anti keradangan. Bantu baiki sistem imun.

4. Madu - ada anti bakteria dan anti microbial. Bantu halang batuk dan kahak. Boleh campur dengan teh hijau untuk kesan berganda.

Apabila amalkan 4 perkara ini, kita baiki sistem imun. Kita juga baiki tahap sihat usus kita iaitu otak kedua manusia.

Friday 12 July 2019

WAKTU SEMBAHYANG FARDHU

 WAKTU SEMBAHYANG

Waktu sembahyang fardhu lima waktu iaitu Zuhur, ‘Asar, Maghrib, ‘Isya’ dan Subuh telah dinyatakan dengan terperinci dari awal hingga akhir oleh Sunnah Nabi. 

Secara umumnya, waktu-waktu itu telah dinyatakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam melalui sabdanya yang bermaksud:
“Jibril telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau bersembahyang Zuhur bersamaku ketika tergelincir matahari dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu benda telah sama panjangnya dengan sesuatu itu, dan Maghrib ketika terbenam matahari dan ‘Isya’ ketika terbenam syafaq (iaitu cahaya merah) dan Subuh ketika terbit fajar. Pada keesokan harinya, Jibril bersembahyang bersama saya solat Zuhur ketika bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan Maghrib ketika orang berbuka puasa dan ‘Isya’ ketika sepertiga malam dan Subuh ketika menguning cahaya pagi. Kemudian Jibril berkata: Inilah waktu sembahyang Nabi-Nabi sebelum engkau. Waktu sembahyang adalah di antara waktu ini.”

Secara terperincinya, waktu-waktu bagi setiap solat fardhu adalah seperti berikut:

  1. Waktu Zuhur bermula dengan tergelincir matahari (zawal), iaitu matahari condong daripada tengah-tengah langit ke arah barat dengan keadaan sesuatu benda mempunyai sedikit bayang ketika matahari terpacak dan matahari mula condong ke arah barat. Waktu Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu benda menjadi sama panjang dengannya.
  2. Waktu ‘Asar (solat al-wusta) bermula dengan berakhirnya waktu Zuhur, iaitu apabila bayang sesuatu benda yang sama panjang dengan benda itu mula bertambah dengan pertambahan yang paling minimum. Ia berakhir dengan terbenamnya matahari.
  3. Waktu Maghrib, ia bermula dengan terbenam matahari dan berterusan sehingga hilang cahaya syafaq (cahaya merah) dengan tidak kelihatan sedikitpun kesannya.
  4. Waktu ‘Isya’ bermula dengan tamatnya waktu Maghrib, iaitu hilang syafaq ahmar (cahaya merah) dan berterusan hingga munculnya fajar sadiq, iaitu beberapa ketika sebelum naik fajar.
  5. Waktu Subuh bermula dengan muncul fajar sadiq dan berterusan hinggalah naik matahari (syuruq). Fajar sadiq ialah cahaya putih yang menyerlah mengikut garis lintang ufuk.

WAKTU-WAKTU YANG DITEGAH MELAKUKAN SOLAT

Terdapat lima waktu yang telah dinyatakan oleh Sunnah sebagai waktu yang ditegah untuk melakukan sembahyang di dalamnya, iaitu:
1. Selepas sembahyang Subuh hingga terbit matahari.

2. Semasa naik matahari hingga kadar ramh, iaitu lebih kurang satu pertiga jam selepas naiknya matahari.

3. Waktu matahari tegak (rembang) sehingga matahari tergelincir (masuk waktu Zuhur).

4. Selepas sembahyang ‘Asar hingga terbenam matahari.

5. Waktu matahari kekuningan sehingga terbenam.

Tegahan untuk melakukan sembahyang pada waktu-waktu ini bukanlah mutlaq, tetapi khusus pada jenis sembahyang tertentu sahaja, iaitu:

1. Semua sembahyang yang tidak ada sebab untuk melakukannya pada waktu-waktu itu seperti sembahyang sunat mutlaq dan sembahyang sunat tasbih.

2. Sembahyang yang sebab melakukannya terkemudian seperti sunat ihram dan istikharah.

Semua sembahyang ini jika dilakukan pada waktu-waktu tersebut hukumnya makruh tahrim yang sangat ditegah dan sembahyang itu juga menjadi batal. Pengecualian kepada sembahyang yang telah disebut ialah beberapa sembahyang tertentu iaitu:

1. Sembahyang yang mempunyai sebab untuk melakukannya seperti sembahyang yang telah luput (qadha’), jenazah, nazar, sunat wudhu’ dan tahiyyatul masjid.

2. Sembahyang yang mempunyai sebab yang seiringan dengan waktu itu seperti sembahyang kusuf (gerhana) dan istisqa’ (minta hujan).

3. Sembahyang Jumaat ketika matahari tegak.

4. Sembahyang di Tanah Haram Makkah kerana kelebihan sembahyang itu sendiri.

Selain daripada waktu-waktu tersebut, terdapat beberapa waktu lain yang ditegah melakukan sembahyang, antaranya sembahyang semasa khatib menaiki minbar masjid untuk membaca khutbah dan sebelum sembahyang Maghrib kecuali sunat rawatib pada kedua-duanya

.

Thursday 23 May 2019

Pengertian Solat Fardhu

 PENGERTIAN SOLAT

Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan.
Dari segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan
yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan
syarat-syarat tertentu.
Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy.
Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun
fi‘liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali
sebagai rukun qalbiyy.

Rukun Menunaikan Solat

  1. Hukumnya wajib ditunaikan oleh orang Islam yang telah cukup syarat-syaratnya lima waktu sehari semalam. 
  2. Orang yang meninggalkan solat tanpa keuzuran, yang diharuskan oleh syarak akam mendapat dosa dan azab yang amat pedih, dahsyat serta kehinaan di akhirat kelak.

Syarat-Wajib Solat 

  1. Islam (Tidak wajib ke atas orang kafir)
  2. Berakal (Tidak wajib kepada orang gila dan pitam serta mabuk).
  3. Baligh (Tidak wajib bagi anak-anak kecil)
  4. Suci dari haid dan nifas.
  5. Boleh mendengar dan melihat, tidak wajib bagi orang yang buta, tuli dan bisu sejak lahir apabila terkumpul kecacatan tersebut.
Perkara-perkara Yang Membatalkan Solat
  1. Suka berkata-kata dalam solat selain ayat-ayat lazim dalam solat.
  2. Meninggalkan saalah satu rukun solat.
  3. Berhadas kecil dan berhadas besar.
  4. Terkena najis pada pakaian.
  5. Terbuka aurat dengan sengaja.
  6. Makan dan minum semasa solat.
  7. Berubah niat.
  8. Ketawa mengeluarkan suara.
  9. Bergerak 3 kali berturut-turut.
  10. Berubah dada dari arah kiblat.

Perkara-perkara Makruh Ketika Solat
  1. Memaling muka ketika solat.
  2. Memandang atas, kiri, kanan dan ke bawah.
  3. Menahan diri dari membuang air.
  4. Meludah.
  5. Di dalam keadaan mengantuk.
  6. Memandang sesuatu yang melalaikan.
Khusyuk dalam Solat
Pengertian :
Khusyuk ialah tunduk dan merendah diri, manakal dalam solat ialah tunduk dan merasa rendah diri dengan menumpukan perhatian, fikiran menenangan hati, dan anggota ketiak solat semata-mata kerana Allah SWT.

Usaha Ke Arah Khusyuk Solat
Peranan Hati 
  • Menumpukan penuh perhatian perasaan ketika solat. 
  • Merasakan kehadiran Allah S.W.T
Akal
  • Memahami maksud ayat dan bacaan yang dibaca.
  • Menumpukan fikiran kepada Allah.
Anggota Tubuh
  • Melihat tempat sujud.
  • Tidak bergerak-gerak.
  • Melakukan setiap rukun dengan sempurna.

Perkara yang menghalang khusyuk
  1. Tidak memahami maksud ayat-ayat bacaan.
  2. Memikirkan hal keduniaan.
  3. Mata tidak memandang tempa sujud.
  4. Melakukan solat tergesa-gesa dan tidak ikhlas.
  5. Banyak melakukan dosa dan maksiat.

Cuti hujung minggu

 Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...