Thursday 31 July 2014

Selamat Hari Raya Idilfitri 2014

Ramadhan 1435H sudah meninggalkan kita. Hari ini juga merupakan hari ke-4 kita merayakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Tahniah untuk semua dan juga muslimin yang sedang melakukan puasa 6 syawal. Anda bagaimana?
Lafaz Niat puasa sunat enam syawal : “Sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.

Abu Ayyub Al-Ansari RA meriwayatkan, Nabi SAW bersabda :
"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun . (HR. Muslim).

Imam Ahmad dan An-Nasa'ie, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi SAW bersabda:
"Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh." ( Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam "Sahih" mereka.)

Berpuasalah enam hari di dalam bulan Syawal. Walaupun sunat hukumnya, tapi fadhilatnya amat besar. Ia juga berperanan menampung lompang dan cacat puasa Ramadhan kita. Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Puasa Enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri. Ia juga mengekalkan tahap kesihatan kita di tahap yang ada kesinambungan (sihat) dengan keadaan semasa Ramadhan.

Wednesday 23 July 2014

Lapor Diri Bertugas

Semalam aku mula melaporkan diri di tempat kerja. Perasaan berdebar dan bersemangat silih berganti. Setahun meninggalkan tempat ini akhirnya aku menjengah kembali.
Adakah ianya menjadi satu situasi yang baru? Ya, apabila aku melangkah ke pejabat daerah ianya masih sama susun aturnya dan aku tidak kesesatan untuk mencari arah tempat tuju ku. Kakitangan juga masih sama seperti yang aku tinggalkan setahun yang lepas.
Tetapi apabila aku melangkah ke penempatan aku banyak benda yang berubah. Bukan setakat susun atur yang lebih cantik malahan kakitangan juga ramai yang baru. Penambahan kakitangan baru dan penggantian staf yang berpindah menyebabkan aku hanya mampu tersenyum dan mengangguk kepala sahaja sebagai salam perkenalan.
Seharian di tempat kerja aku banyak memerhati dan mempelajari benda yang baru terutama berkaitan dengan dokumen yang baru. Nampaknya aku perlu lebih gigih dan perlu sedikit masa untuk mempelajari benda-benda baharu ini.
Selamat Kembali Aron Kin... ke alam dan suasana yang baru.


Sunday 13 July 2014

Jom Baca Novel.

Hari minggu... apa lagi rest lah. Itu orang lain. Bagi aku hari ni adalah untuk aku buat apa yang aku suka. Novel 35 buah lagi belum di baca. Jangan terkejut. Aku beli novel 5-10 biji setiap bulan tapi sebab sibuk ngn study aku tak usik pun novel tu hingga lah final exam ari tu. Aku baru aje habis baca novel "Kerana Terpaksa... Aku Relakan" ... karya Umie Nadzimah.
Aku jarang tengok TV sebab biasalah waktu itu tak sesuai untuk aku tunjuk contoh yang baik untuk teman sebilik aku.
So, sekarang ni tinggal lagi 35 buah novel yang aku belum berkesempatan baca.
Apa yang lagi lawak aku telah terbeli sebanyak 2 buah Novel '7 Hari Mencintaimu' karya Siti Rosmizah.
Aku ingat aku dah beli novel ini tapi sebab tak berkesempatan nak baca maka aku beli sekali lagi gara-gara ada kawan pinjam tak hantar-hantar. Aku mulanya sedih juga sebab mahal juga harga RM37 untuk novel ni. Tapi bila aku dah beli tiba-tiba sahaja kawan aku itu hantar balik novel aku yang dia pinjam. Terasa blur juga aku. Yalah aku belum baca lagi. Jadi yang baru aku belum buka pembalutnya lagi.
Aku ingat nak upload foto tapi telefon aku plak takde betri. Lain kali aku share foto novel yang aku belum baca ya..

Saturday 12 July 2014

Mood Organized kunon...

Hari ni cuti sabtu. Bulan puasa jadi mood untuk keluar berjalan memang takdelah. Sementelah pulak Si Boboy balik dari hostel dan petang ni dah nak balik hostel pulak.
Sementara menunggu kain dalam mesin basuh siap aku mengadap lappy jap. Sedar tak sedar dah 2 jam aku di sini.
Pagi ni banyak mood-mood dan emoticon muncul lam kepala. Nak kemas lah maka aku skodeng blog Susun Atur... banyaklah idea yang aku dapat.
Cantik-cantik pulak cara dia orang organized tu . Memang aku suka...
Tapi aku masih di sini...

Sunday 6 July 2014

Buka Puasa Di Pantai Dalam

Hari ini sudah melewati 8 Ramadhan bermakna masuk hari ke 8 umat Islam berpuasa.
Teringat seminggu berpuasa di perantauan banyak suka duka ditempuhi. Tapi aku tidak takut dan sememangnya merindui saat itu. Apa yang paling best ialah apabila aku dan teman-teman berpakat memasak kerana cafe di sana di tutup sepanjang bulan puasa.
Aku sebenarnya lebih suka makan di rumah dan sangat malas untuk keluar. Malas untuk berebut-rebut dengan orang lain di bazar ramadhan. Lagipun selera bazar ramadhan walaupun beraneka juadah tapi masih lagi tidak sama dengan tekak aku.
Aku lebih rela makan ala kadar di bilik penginapanku.
Seminggu berpuasa di sana adalah sekali aku keluar berbuka bersama teman-teman di Kg. Pantai Dalam. Aku lupa pula apa nama tempat itu.
Dari foto yang aku sertakan agak-agak sesiapa yang pernah sampai ke situ mesti tahu di manakah tempat ini.

Cuti hujung minggu

 Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...