Sunday 30 August 2020

Resepi Pulut nangka

Pulut Nangka
""""""""""""""""""""""
Bahan-bahan:
240 gram beras pulut
250 ml santan
1 Sudu teh garam
1 biji Nangka Madu masak (dihiris)
Rendam beras pulut semalaman
Kukus beras pulut hingga masak ( 25 minit )
Kemudian, masukkan pulut yang sudah masak ke dalam bekas dan campurkan santan wangi  bersama dengan gula dan garam. Gaul hingga rata
Kukus sekali lagi hingga gula meresap ke dalam pulut.
Alihkan beras pulut ke dalam bekas dan campur dengan santan wangi. Gaul rata.
Sedia untuk dihidangkan bersama dengan hirisan nangka madu.

Petua Menghalau Lalat


🔻 Pilihan 1 Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat² yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.

🔻 Pilihan 2 Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.

🔻 Pilihan 3 Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat² yang berada di meja makan anda.

🔻 Pilihan 4 : Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak atau tempat² lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.

🔻 Pilihan 5  Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.

Saturday 25 July 2020

10 Petua Untuk Hilangkan Penyakit Panau


Apa itu Panau atau nama perubatannya Tinea Versicolor .
Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia.

10 Petua Bagaimana Untuk Hilangkan Penyakit Panau

 1. Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada bahagian yang berpanau. Lihat apa hasinya dalam beberapa hari.

▫️ 2. Potong bawang putih dan gosok perlahan-lahan pada tempat yang terkena penyakit panau hingga kulit terasa perit dan merah. Ulangi setiap hari hingga panau beransur pudar.

▫️ 3. Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. Ketika mengamalkan petua ini hendaklah tidak memakan sebarang lengkuas.

Atau, tumbuk beberapa helai daun lengkuas,ambik airnya dan sapukan pada tompok² panau. Lakukan beberapa kali, untuk lebih mempercepatkan kesannya, elakkan mengambil makanan yang menggunakan lengkuas.

▫️ 4. Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau.

▫️ 5. Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campur dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudia tampalkan ramuan pada bahagian kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga panau hilang.

▫️ 6. Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh.

▫️ 7. Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang.Sapu pada panau dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehingga panau hilang.

▫️ 8. Ambik air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian yang berpanau. Amalkan berulangkali sehingga berhasil.

▫️ 9. Tenyehkan pucuk lada pada kulit yang berpanau sambil berselawat. Amalkan selalu.

▫️ 10. Tumbuk halia sebesar jari hingga lumat. Tempelkan halia ke bahagian kulit yang berpanau selama 15 hingga 20 minit. Amalkan sehingga sembuh.

Wednesday 22 July 2020

Info Sihat : Makanan Yang Mengandungi Karsinogen

Statistik menunjukkan bahwa tahun lalu hampir  1,5 juta orang didiagnosis terkena kanser.  Berikut adalah beberapa informasi lebih lanjut tentang makanan yang semua orang makan setiap hari dan yang  mengandungi  karsinogen.🛡

☢️1. Tomato dalam tin

Lapisan dalam semua makanan dalam tin mengandung bisphenol-A (BPA). Hal yang sama berlaku untuk tomato dalam tin. Itulah mengapa Anda harus membeli botol kaca atau memasak tomato segar, bukan yang dalam tin.

☢️2. Anak benih Salmon

Salmon diternakkan ini terkontaminasi dengan berbagai pestisida, antibiotik, bahan kimia dan agen penyebab kanser lainnya.

📝   Lebih baik bagi Anda untuk membeli salmon dalam tin atau mencari label di kedai yang akan mengkonfirmasi bahwa ikan yang Anda beli adalah benar-benar salmon liar. 

☢️3. Daging proses

Banyak orang yang sudah akrab dengan fakta bahwa daging proses seperti kornet, sosis, dan daging proses lainnya penuh bahan aditif dan bahan kimia, termasuk natrium nitrat, yang ditambahkan untuk membuat mereka terlihat segar dan menarik. bahan ini sangat berbahaya.

☢️4. Minuman soda

Minuman soda pop mengandung sejumlah besar gula dan kalori yang bertanggung jawab untuk meningkatkan berat badan Anda.

☢️5. Popcorn

Microwave popcorn atau jagung meletak sangat berbahaya kerana mengandung bahan kimia yang menyebabkan banyak ruam kulit dan masalah perut.

Juga mengandung minyak kedelai, produk GMO, serta berbagai aditif lainnya. Pengeluar popcorn tidak akan memberitahu anda bahawa mereka menggunakan kernel GMO jagung kerana fakta bahawa tuntutan kerajaan mengatakan mereka tidak perlu.

☢️6. Makanan yang sangat masin, acar, atau makanan asap.

Dalam kelompok ini adalah makanan yang mengandung pengawet, nitrat dan nitrit. Misalnya, makanan asap, seperti daging asap, dan ikan bakar, yang merupakan hasil dari asap.

Beberapa jenis daging proses, termasuk daging asap, bacon, bologna, sosis, dan daging lainnya bahkan lebih berbahaya kerana mengandung jumlah besar garam dan lemak.

☢️7. GMO

GMO, atau organisma kejuruteraan genetik adalah makanan yang penuh dengan bahan kimia kerana fakta bahawa mereka tumbuh dan diubahsuai oleh bahan kimia yang berbeza.

☢️8. Kerepek kentang

kerepek kentang digoreng pada suhu yang sangat tinggi supaya mereka kelihatan tegar. Tetapi ini menjadikan mereka sangat berbahaya, kerana semasa proses ini, bahan yang dihasilkan, yang dipanggil acrylamide, agen karsinogen hadir.

☢️9. Gula halus (mcm tepung)

Sel-sel kanser berkembang pada gula halus. Yang berarti bahwa dengan mengkonsumsi gula halus, Anda memberikan sel-sel ini dengan makanan ideal mereka untuk pertumbuhan dan perkembangan.

Mereka juga akan memiliki lonjakan kadar insulin dalam tubuh.

Menurut pemenang Nobel Jerman di kedokteran dari 1931, Otto Warburg, kanser dan tumor menggunakan gula untuk memberi makan diri mereka sendiri dan untuk tumbuh lebih besar.

Bila Terjebak Dengan Produk Viral : Magical C Pure

Murunggggg betul rasa kan bila tgk muka jeragat dah naikkk...
Hari² kena tepek pondesen tebal2 nak tutup jeragat.. sampai bila tu kakkk??

Jom la rawat kulit tu secara selamat & sihat... jeragat hilang nak selpiee tanpa makeup pun kompidennn je..
Mesti korang impikan kulit cantik, bersih yang penting putih gebukan? Mesti korang nak tau apa rahsia dia kan? 
.
Yang penting korang kene konsisten follow #mcp yang akan guide korang sehingga kulit jadi gebu gebas,
Nak ke tak nak??

Kalau korang nak dapatkan apa yang telah AK alami selama ini boleh contact Stokis Angsa Emas Beaute yang AK kenal : 015-96221982 (Whatsapp / Telegram sahaja)

Saturday 1 February 2020

Petua Kecantikan

Penjagaan wajah amat penting untuk mengekalkan kecantikan dan keserian wajah.
Jom amalkan petua untuk wajah yang berseri.💜💜

Petua Pertama - Untuk dapatkan kulit yang tegang dan cerah
petua kulit tegang
Beras Pulut Hitam
Ambil sedikit beras pulut hitam kemudian di goreng tanpa minyak sehingga cukup masak.
Tumbuk beras pulut hitam tersebut hingga halus.
Setelah menjadi serbuk ambil sedikit air suam dan campurkan sekali hingga menjadi pekat.
Setelah itu sapukan ke wajah dan biarkan kering.
Gunakan sebagai masker wajah dan kulit akan terasa tegang.
Amalkan seminggu tiga kali, Insya Allah wajah akan sentiasa tegang dan kulit kelihatan putih.

Petua Kedua - Untuk Menggebukan Kulit Muka
Limau Kasturi
Sediakan ialah segenggam beras pulut, madu dan lima biji limau kasturi.
Goreng beras pulut tanpa minyak sehingga kuning lalu di tumbuk atau di kisar sehingga hancur dan halus.
Kemudian barulah di campur dgn madu dan air perahan limau dan gaul hingga sebati.
Sebelum menggunakannya anda perlulah membasahkan muka dan menyapunya dgn perlahan-lahan dan membiarkanya selama 15 minit.
Kemudian anda bilas muka anda dengan air bersih dan lihatlah hasilnya.
Jika perlu lakukan 3 kali seminggu.

Petua Ketiga - Untuk Kulit Cerah dan Berseri
Petua Kulit Cerah Berseri
Daun Sirih
Rendam Beras semalaman.
Keesokan harinya tos dan jemur beras tersebut hingga kering.
Setelah kering, tumbuk atau kisar sehingga halus bersama-sama dua hingga tiga helai daun sirih, sepotong ibu kunyit dan segenggam pucuk jambu batu sehingga lumat atau hancur.
Bancuh campuran tadi dgn air secukupnya dan sapukan pada kulit wajah.
Selepas 15 hingga 30 minit, barulah cuci wajah anda.
Sebaik-baiknya guna sebelum tidur,dua atau tiga kali seminggu,selamat mencuba.

Petua Keempat - Untuk Menghaluskan Kulit
Petua Menghaluskan kulit
 Madu
Ambil setitik madu dan campurkan dengan sedikit air bagi memudahkan larutan.
Jadikan sebagai masker dan sapukan pada kulit wajah yang bersih.
Biarkan ia kering dan bilas,ulang dua kali sebulan.

Petua Kelima - Untuk hilangkan jeragat
Petua Hilang Jeragat
- Putih Telur
Ambil 3 sudu beras di cuci dan di goreng sekejap dan di kisar bersama mata kunyit,biar jadi serbuk.
Ambil 1 sudu bancuh dengan air limau nipis dan lumurkan pada muka.
Bila kering cuci dengan air suam.
Amalkan selalu, Insya Allah kulit akan jadi lembut dan licin.
**jikalau tiada limau nipis boleh juga diganti putih telur.

Petua Keenam - Untuk menggebukan dan mencerahkan kulit
seluruh badan
Petua Menggebukan dan Mencerahka kulit
Beras Pulut
Rendam beras pulut hingga lembut kemudian ditumbuk hingga lumat.
Lumurkan badan dengan beras pulut yg telah ditumbuk sebelum mandi.
Biar lumuran hingga kering kemudian sental kulit perlahan-lahan.
Bilas badan dengan air dan amalkan sekerap mungkin.
Boleh amalkan 2 kali seminggu untuk hasil yg terbaik.

Tuesday 7 January 2020

Fawless Kulit Tanpa Skin Care Ilmu dari Fatin

🌸  FLAWLESS KAN KULIT TANPA SKINCARE  🌸
Dah lama nak share . tp sebab takde masa so harini baru berkesempatan .  Ni Fatin bagi details lengkap ye ! 
BAHAN-BAHAN
1 1/2 sudu kunyit serbuk
1 sudu yogurt (  Perisa Asli )
1 sudu madu
===============
1 -  Sediakan bekas plastik yang korang dah tak sayang sebab nnt kunyit tu akan lekat warnanya.
2 -  Masukkan satu persatu bahan tadi menggunakan SUDU PLASTIK . ( Sudu besi boleh hilangkan khasiat madu )
3  - Tak pun pakai je sudu yogurt tu .
4  - Gaulkan sampai sebati semua .
5  - Pastikan dia pekat dan tak menitik .
6  - Ratakan di muka guna belakang sudu .
     Jimat tayah beli berus  😝
7  - Biar dalam 30 minit sehingga kering
8  - Basuh muka guna air suam & pencuci muka korang dan scrub muka terus ( amat digalakkan )
Pssss : Sediakan towel muka yg korang dah tak sayang sebab nnt kena kesan kunyit 
KELEBIHAN  :
❤️ Kulit jadi cerah dan flawless
❤️ Glowing kan kulit
❤️ Sembuhkan jerawat
❤️ Kurangkan pigmentasi
❤️ Anti Aging (penuaan)
❤️ Kurangkan infection
❤️ Kulit rasa lembab je
❤️ Pulihkan dari surnbun ( terbakaq)
❤️ Kurangkan gelap bawah mata
👉🏼👉🏼  Fatin dah amalkan setahun ++, seminggu 2 kali . Paling malas seminggu sekali .
===
SOALAN FAMOUS
👉🏼   " Tak jadi kuning ke muka tu nanti ? "
YES, Muka kita akan jadi sedikit kekuningan . Tapi selepas beberapa jam saja . Sebabtu fatin galakkan scrub muka selepas tu . 
👉🏻   " Berapa lama nak nampak kesan ? "
Hmmm .. Tah la . Fatin tak kira pulak berapa  lama . Tapi yang pasti selalu lah buat . Tiba2 orang dah tegur . EH FLAWLESS NYA KULIT ! hahahaha 😂😂😂
======
Sebenarnya , petua ni dapat masa fatin sembang dengan satu UNTIE CLEANER (India) masa belajar dulu. Walaupun kulit dia gelap , tapi glowing gila  kulit dia ! Sebijik jerawat pun tarak . So dia bagi petua ni . 
Dia kata orang india memang dok amal benda ni . Lagi2 time dorang nak kawin . Dorang akan kerap buat untuk naikkan seri pengantin . So kita ni cuba lah sebab nak nampak seri pengantin tu setiap hari . Kuikuikui 😝
Fatin lebih suka amalkan petua lama  berbanding guna skincare yang kita taktau isi dia apa .
selamat beramal ye  !
TAG kawan2 anda !
SHARE kalau suka 😍😍

Jeragat

Aku pun dah lupa info ni amik dari mana. Aku jumpa dalam email tahun 2016 lagi.
Meh kita baca apa itu jeragat. 
Korang pasti bingung memikirkan masalah jeragat yang semakin banyak muncul di wajah. Di sini saya kongsikan cara-cara :
Menghilangkan Jeragat Di Muka
Ramai yang menghadapi masalah jeragat dimuka sering mencari kaedah, teknik, rahsia, panduan, cara bagaimana atau petua menghilangkan jeragat ini. Mereka ingin mencari petua menghilangkan jeragat di muka dengan kaedah dan teknik yang paling baik dan berkesan untuk diamalkan. Mereka mahu menghilangkan jeragat dimukadengan cepat, berkesan dan tanpa sebarang masalah sampingan kemudian hari.
Apa itu jeragat?
Jeragat adalah masalah kulit yang dihadapi. Jeragatboleh dijelaskan seperti yang berikut ini..
#Sejenis penyakit kulit.
#Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag;
#Seborrhoeic keratoses timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup.
#Melasme – tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.
#Skin Tag – Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher.
#Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor.
#Rawatan melalui pembedahan atau sapuan krim.
#Individu berusia 40 tahun ke atas lebih tinggi risiko berjeragat.
Petua menghilangkan jeragat dimuka yang boleh anda cuba amalkan adalah seperti yang berikut. Anda berhak memilih kaedah atau cara yang sesuai dan mudah untuk anda amalkan bagi mengatasi masalah jeragat ini
Pilihan Petua Untuk Menghilangkan Jeragat Di Muka
Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.
Cara Mudah Hilangkan Jeragat Dengan Kulit Pisang
Petua 2 : Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
Petua 3 : Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
Petua 4 : Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 15-20 minit. Kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
Petua 5 : Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda.Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda dapat dihindarkan dan kulit muka menjadi halus dan gebu.
Cara Mudah Hilangkan Jeragat Dengan Menggunakan Hampas Kelapa
Pilihan 6: Ambil sedikit kunyit hidup, sedikit tepung ubi, sebiji telur (ambil putih telur sahaja) dan 1 biji limau purut atau limau nipis. Tumbuk kunyit hidup lumat-lumat dan campurkan dengan tepung ubi dan putih telur. Kacau sehingga sebati bersama perahan air limau. Sapukan pada kulit muka yang berjeragat selama 25 minit sebelum mandi.

Cuti hujung minggu

 Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...