Thursday 13 December 2018

Atasi Kelemumur

Rambut dah cantik. Tapi masih tergaru-garu kepala. Nak kata ada kutu, jenuh dah sikat dan mintak kawan tolong carikan katanya tak ada. Tiada langsung tanda-tanda kehadiran kutu. Tiada kelibat telur kutu atau anak kutu dan kaum kerabatnya. Kulit kepala tetap rasa gatal. Bukan sekadar berdebu dan gatal-gatal malah berkeping-keping apabila di garu. Celah kuku terselit berkeping-keping, bahkan di atas bahu bila mengenakan baju warna gelap terutama hitam memang jelas kelihatan debu-debu kelemumur itu. Lama kelamaan kalau dibiarkan memang kulit kepala menjadi tidak sihat.
"Kepala kau ni penuh dengan kelemumur ," seru si kawan yang masih lagi membelek helaian rambut.
"Biar betul ! Patutlah aku rasa gatal aje rambut ," jawab aku.
"Kelemumur ni. Berkerak dah kepala kau ," tambahnya lagi.
"Aduhai, ni gara-gara stress agaknya. Kebelakangan ni aku kurang menjaga sikit rambut. Biasa setiap hujung minggu aku sapu limau purut atau limau nipis kat kepala . Ni aku syampu aje ," ceritaku lagi.
"Banyak faktor penyebab kelemumur ni. Selain stress, kulit kepala berminyak, kerap bertukar syampu dan syampu yang tak sesuai serta masalah resdung mungkin menjadi penyebab masalah kelemumur ," sambung temanku itu. Kepalaku juga di sikat dan diurut dengan lembut.
Aku tak nak cerita detail pasal kelemumur sebab aku belum cari data pasal kelemumur. Apa yang aku baca pasal kelemumur sebelum ni pun ingat-ingat lupa.
Tapi aku nak berkongsi petua mengatasi kelemumur.

 Petua Atasi Kelemumur Dengan Rambutan, Santan dan Limau Nipis.
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas dengan setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembab. Biar sebentar sebelum dibilas bersih. Lakukan seminggu sekali.

Petua Atasi Kelemumur Dengan Daun Nagka dan Daun Durian.
 Ambil beberapa helai daun nagka dan daun durian, masukkan ke dalam mangkuk atau gayung. Masukan air dan ramas-ramas daun tersebut. Gunakan air ramasan tersebut sebagai syampu. Amalkan selalu.

Petua Atasi Kelemumur Dengan Daun Pandan.
Ambil 7 helai daun pandan, cuci bersih. Potong halus untuk memudahkan di blender. Tambahkan setengah cawan air bersih lalu diramaskan. Tapi airnya dan gunakanlah untuk membersihkan kulit kepala. Biarkan hingga kering dengan sendirinya. Lalu bilaskan dengan air bersih dan cuci seperti biasa. Lakukan kerap hingga kelemumur hilang.

Petua Atasi Kelemumur Dengan Daun Lidah Buaya Dan Limau Kasturi.
Ambil isi daun lidah buaya dan bancuh bersama sebiji limau kasturi. Kemudian lumurkan rata pada kepala sambil digosok. Biar sebentar baru dicuci dengan syampu sesuai

Petua Atasi Kelemumur Dengan Listerine
Basahkan rambut dengan sedikit air dan kemudian tuangkan Listerine secukupnya ke kulit kepala. Urut dan usap Lsiterine ke seluruh bahagian rambut dan kulit kepala hingga terasa kedinginannya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat dari korang bayar treatment for scalp dekat salon.

Okey, itu adalah di antara petua atasi kelemumur yang aku kongsikan dan pernah di cuba beberapa kali oleh diri sendiri dan orang lain.

Tuesday 4 December 2018

Bahagian Sulit Kecut & Kemas

Foto sekadar hiasan
Minah menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan suami. Kesesalan mula menerpa menyalahkan dirinya yang tidak acuh akan nasihat ibu kandung, akibatnya dia terseret ke dalam kehidupan 'bermadu'. Bukan sekadar menderita kerana tersiksa batin, tetapi zahir juga menderita, kesihatannya terganggu sejak melahirkan anak ke empat.
Kata orang Minah keluar tombong (bahagian sulitnya terkeluar) kerana tak cukup makan ubat dan tidak menjaga badan sewaktu dalam pantang. Kawan-kawan saling berbisik konon Minah mengikut kehendak suami hingga sanggup melayan suami walau dirinya masih dalam pantang. Akibatnya dia ditinggalkan oleh suami.
Bertahun Minah menderita. Dan paling memalukannya ialah setiap kali dia duduk, kainnya kelihatan basah. Suatu hari saya bercerita tentang masalah yang Minah hadapi kepada ibu saudara. Menurut ibu saudara saya masalah Minah boleh diatasi sekiranya dia rajin bertangas dengan daun duri kemam (daun semalu) untuk tempoh beberapa lama.
Caranya ialah sepokok duri kemam (semalu) yang subur dicabut dengan akarnya sekali, dibersihkan dan ditumbuk pecah-pecah. Sediakan seketul batu sungai yang sekira-kira boleh ditutup dengan tempurung jantan.

Sediakan juga tempurung jantan (bahagian kelapa yang berlobang) yang agak besar dan sedikit cuka makan.
Panaskan batu sungai ke atas api (biar cukup panas) kemudian letakkan di lantai bilik mandi. Letakkan duri kemam (semalu) ke atas batu panas, kemudian curahkan setengah cawan cuka makan. Tutupkan batu itu dengan tempurung dan mencangkunglah di atas tempurung itu dengan memastikan bahagian sulit betul-betul bertepatan dengan lubang yang mengeluarkan wap, sambil kain dikembangkan agar wap terkepung (tidak keluar). Kalau terlalu panas bolehlah berdiri sebentar dan kemudian mencangkung lagi hingga batu tersebut sejuk. Lakukan setiap pagi (kecuali semasa datang haid). Insya'Allah tombong akan beransur mengecut dan akhirnya akan balik kepada posisinya yang asal.
Untuk membantu mempercepatkan kecutnya tombong, minumlah secawan air daun pegaga setiap hari.
Minah yang telah sekian lama menderita zahir dan batin yakin dengan ikhtiar yang disarankan. Tanpa membuang masa dia mencuba resipi yang diberikan ibu saudara saya. Tiga bulan selepas itu Minah memberitahu saya, bukan saja penyakitnya sembuh tetapi badannya semakin kemas. Masalah rumahtangganya juga selesai malah hubungan m,ereka kini lebih erat dari dahulu. Alhamdulillah.
Sekiranya da yang mengalami masalah seperti Minah, bolehlah mencuba petua ini. Selamat mencuba.

#Artikel ini aku baca dari Majalah Jelita keluaran tahun 1995 atau mungkin sebelum itu lagi. Sebab tak ada tarikh, aku pun dah lupa tarikh sebenarnya. Artikel tersebut aku potong dan tampal di dalam buku koleksi petua aku.

Tuesday 27 November 2018

Buku Lama dan Koleksi Petua

 
Semenjak sehari dua ni rajin berkemas dan selongkar barang-barang lama kat stor. Buka kotak sana, buka yang hujung sini , belek-belek terjumpalah catitan koleksi Petua-petua lama.
Seingat dulu-dulu masa usia muda remaja, aku rajin sangat guna petua yang aku salin sama ada dari buku atau majalah yang di baca malahan dari petua orang tua-tua dan orang-orang yang sudi berkongsi petua-petui ini di luar sana.
aku lebih kepada menitik beratkan petua berkaitan kecantikan. Walaupun ianya sekadar petua dan ianya menggunakan bahan semula jadi yang ada di dapur rumah kita dan disekeliling rumah, maka ianya akan kugunakan selagi ianya tidak membahayakan.
Kandungan bahan yang digunanya terjamin kerana ianya adalah apa yang ada di rumah sendiri.


Thursday 14 June 2018

Catatan Musim Gugur

Salam Sejahtera !
Setelah sekian lama menyepi, akhirnya terjumpa juga password untuk blog ini.
Banyak cerita, kisah dan peristiwa berlaku dan telah dilalui.
Tahun 2015 dan sehingga sekarang 3 tahun telah berlalu semenjak kali terakhir menjenguk dan merapu di sini, akhirnya Allah izinkan jua untuk berbicara di sini.
Biarpun kehilangan tidak dirindui tapi di hati ini meronta-ronta untuk berbicara dan meluahkan apa yang terbuku dan membeku di hati.
 Foto 23 Mac 2017, setahun berlalu musim luruh di depan mata. Angin yang lembut bertiup menggugurkan dedaun kering di petang hari. Suasana yang nyaman dan tenang bila berada di saat itu. Cuaca walaupun sedikit hangat dan kering tetapi tiupan angin yang lembut memberi satu ilham untuk terus berbicara dan mensyukuri nikmat Allah berikan.
Koleksi orkid yang terabai tetapi tetap setia berdiri kukuh menghiasi laman. Mungkin musim bunga sudah berlalu tetapi keutuhan itu tetapi menjadi sumber inspirasi.

 
Semenjak banjir besar Disember 2014 berlalu, taman ini terbiar dan seakan menjadi taman larangan yang terabai.  Sebelum ini ianya berdiri kukuh dan gagah dengan megah, tapi sampai waktunya ia tersungkur menyembah bumi. Tidak selamanya hidup bukan untuk menongkat langit.
Tiada lagi taman seribu pokok bunga yang tinggal hanya rerumput dan semak menghijau.

Cuti hujung minggu

 Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...