Thursday 23 May 2019

Pengertian Solat Fardhu

 PENGERTIAN SOLAT

Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan.
Dari segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan
yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan
syarat-syarat tertentu.
Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy.
Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun
fi‘liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali
sebagai rukun qalbiyy.

Rukun Menunaikan Solat

  1. Hukumnya wajib ditunaikan oleh orang Islam yang telah cukup syarat-syaratnya lima waktu sehari semalam. 
  2. Orang yang meninggalkan solat tanpa keuzuran, yang diharuskan oleh syarak akam mendapat dosa dan azab yang amat pedih, dahsyat serta kehinaan di akhirat kelak.

Syarat-Wajib Solat 

  1. Islam (Tidak wajib ke atas orang kafir)
  2. Berakal (Tidak wajib kepada orang gila dan pitam serta mabuk).
  3. Baligh (Tidak wajib bagi anak-anak kecil)
  4. Suci dari haid dan nifas.
  5. Boleh mendengar dan melihat, tidak wajib bagi orang yang buta, tuli dan bisu sejak lahir apabila terkumpul kecacatan tersebut.
Perkara-perkara Yang Membatalkan Solat
  1. Suka berkata-kata dalam solat selain ayat-ayat lazim dalam solat.
  2. Meninggalkan saalah satu rukun solat.
  3. Berhadas kecil dan berhadas besar.
  4. Terkena najis pada pakaian.
  5. Terbuka aurat dengan sengaja.
  6. Makan dan minum semasa solat.
  7. Berubah niat.
  8. Ketawa mengeluarkan suara.
  9. Bergerak 3 kali berturut-turut.
  10. Berubah dada dari arah kiblat.

Perkara-perkara Makruh Ketika Solat
  1. Memaling muka ketika solat.
  2. Memandang atas, kiri, kanan dan ke bawah.
  3. Menahan diri dari membuang air.
  4. Meludah.
  5. Di dalam keadaan mengantuk.
  6. Memandang sesuatu yang melalaikan.
Khusyuk dalam Solat
Pengertian :
Khusyuk ialah tunduk dan merendah diri, manakal dalam solat ialah tunduk dan merasa rendah diri dengan menumpukan perhatian, fikiran menenangan hati, dan anggota ketiak solat semata-mata kerana Allah SWT.

Usaha Ke Arah Khusyuk Solat
Peranan Hati 
  • Menumpukan penuh perhatian perasaan ketika solat. 
  • Merasakan kehadiran Allah S.W.T
Akal
  • Memahami maksud ayat dan bacaan yang dibaca.
  • Menumpukan fikiran kepada Allah.
Anggota Tubuh
  • Melihat tempat sujud.
  • Tidak bergerak-gerak.
  • Melakukan setiap rukun dengan sempurna.

Perkara yang menghalang khusyuk
  1. Tidak memahami maksud ayat-ayat bacaan.
  2. Memikirkan hal keduniaan.
  3. Mata tidak memandang tempa sujud.
  4. Melakukan solat tergesa-gesa dan tidak ikhlas.
  5. Banyak melakukan dosa dan maksiat.

Cuti hujung minggu

 Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...