Sunday 30 August 2020

Resepi Pulut nangka

Pulut Nangka
""""""""""""""""""""""
Bahan-bahan:
240 gram beras pulut
250 ml santan
1 Sudu teh garam
1 biji Nangka Madu masak (dihiris)
Rendam beras pulut semalaman
Kukus beras pulut hingga masak ( 25 minit )
Kemudian, masukkan pulut yang sudah masak ke dalam bekas dan campurkan santan wangi  bersama dengan gula dan garam. Gaul hingga rata
Kukus sekali lagi hingga gula meresap ke dalam pulut.
Alihkan beras pulut ke dalam bekas dan campur dengan santan wangi. Gaul rata.
Sedia untuk dihidangkan bersama dengan hirisan nangka madu.

Petua Menghalau Lalat


🔻 Pilihan 1 Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat² yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.

🔻 Pilihan 2 Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.

🔻 Pilihan 3 Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat² yang berada di meja makan anda.

🔻 Pilihan 4 : Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak atau tempat² lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.

🔻 Pilihan 5  Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.

Cuti hujung minggu

 Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...