Friday, 1 May 2026

Rezeki Yang Berkat Dari Kerja Yang Berkat

 Ini adalah ruang kerja aku yang ke 8 setelah 27 tahun berkhidmat. Sebelum ini jarang tangkap gambar ruang kerja tapi kali ini terasa ingin disimpan di sini sebagai kenangan. Hampir setahun menduduki bilik yang agak selesa walaupun tanpa penghawa dingin tapi suhu persekitaran yang paling rendah pernah kulalui semasa di sini ialah 11OC. Sepanjang bulan April 2026 suhu adalah sekitar 15-19OC pada waktu pagi dan petang paling tinggi adalah 20OC. 

Berada di dalam bilik sederhana luas sempit tapi kira agak selesa kerana aku hanya bersendirian dalam bilik ini dan ada pembantu yang masuk jarang-jarang bila diperlukan. Namun ada waktunya bilikku ini menjadi tumpuan rakan sekerja yang lain untuk berkumpul berbincang perihal kerja.
Aku juga meletakkan satu sudut kecil dalam almari bekas makanan yang mengandungi makanan dan sachet kecil teh atau kopi. Sekiranya terasa lapar atau perlukan kafien aku akan mengambilnya dan membawa ke bilik pantry yang terletak selang dua bilik dari bilik aku untuk membancuh secawan kopi atau teh. Bekalan makanan ringan itu mudah didapati kerana pejabatku terletak bersebelahan dengan kedai serbanika 7E. Malahan aku kerap menghidu bau masakan dari Restoran Makanan Segera Marrybrown yang hanya terletak sebelah 7E. Dapur restoran tersebut adalah berdekatan dengan pintu belakang bilik pejabatku. Aku jarang mengguna pintu belakang kerana ianya agak tersorok dan aku akan memastikan ianya sentiasa berkunci.
Aku merancang nak letak akuarium ikan dan pokok hidup dalam bilik tapi masalah pengudaraan dan pencahayaan semulajadi yang terbatas menyebabkan terpaksa abaikan. Aku pernah beli anak ikan kecil dan letak dalam akuarium kecil tapi tak sampai seminggu ianya mati. Aku tak sanggup nak hadap dosa membunuh tanpa sengaja itu.

No comments:

Post a Comment

Rezeki Yang Berkat Dari Kerja Yang Berkat

 Ini adalah ruang kerja aku yang ke 8 setelah 27 tahun berkhidmat. Sebelum ini jarang tangkap gambar ruang kerja tapi kali ini terasa ingin ...