Sunday 11 February 2024

Cuti hujung minggu

 Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda dan merubah beberapa kali lanskap di sini. AK sebenarnya malas untuk ke sana. Lagipun waktu itu sudah hampir jam 5.00 lebih. Sudah lama melepasi waktu asar. Namun ajakan adik dan anak lelaki AK yang memandu kereta ke sana yang berjarak tak sampai pun 1km dari rumah AK. 

Kami membakar ayam dan fishball dengan peralatan yang dibawa dari rumah. AK tak pasti berapa ekor ayam yang diperap oleh adik ipar AK. Anak-anak sangat gembira makan ayam bakar sambil bermain air. Tempat kami bentangkan tikar betul-betul berdekatan gigi air dan senang untuk mengawasi anak-anak mandi manda. Walaupun dah sampai ke sini dan menyediakan persalinan tapi AK tidak mandi. Leka melayani adik dan anak-anak membakar ayam. Kebetulan pagi tadi AK sempat memasak sebiji kek coklat moist. Asalnya kek itu hanya untuk dimakan sebagai desert petang sahaja, tapi disebabkan AK tidak bersedia dengan makanan berkelah yang lain maka kek itu sebagai pengganti.

Kalaulah adik AK memberitahu perancangan lebih awal mungkin AK akan menyediakan makanan lain lagi untuk perkelahan kami. Menurut perancangan adik AK dia juga hendak membawa bonda AK tapi semasa sampai di kawasan air terjun adik memberitahu bonda tidak mahu ikut. Menurut bonda dia sedang menyediakan masakan untuk di bawa ke surau malam nanti.
Kami berkelah sehingga hampir menjelang senja. Ketika AK menggulung tikar berkelah kami, jam di telefon sudah menunjukkan pukul 7.00 petang. Azan waktu maghrib akan berkumandang pada jam 7.24 petang. AK cepat-cepat memaksa anak-anak dan adik berkemas untuk pulang. Lebihan ayam yang tidak sempat dibakar dibawa pulang.
AK sempat mengambil beberapa keping gambar pada petang 9hb feb 2024 itu. Nampak ketara garis senja yang sudah menjelma. namun di situ masih ada ramai lagi pengunjung. Air terjun di sini merupakan tempat riadah yang menjadi pilihan kerana ianya adalah percuma untuk kemasukan. 
Tetapi tempat ini tidak mempunyai kemudahan asas seperti tempat-tempat perkelahan lain yang berbayar. Walaupun ada bangunan tandas awam di jalan masuk tetapi ianya tidak digunakan. Sepengetahuan AK tandas itu telah diberi kontrak kepada individu tetapi hanya seketika sahaja ianya berjalan dan kini ianya bertutup rapat. 
AK tidak tahu siapakah yang mendapat kontrak tersebut tetapi menurut penduduk setempat ianya telah disita oleh pihak majlis tempatan atas beberapa kesalahan kecuaian penjagaannya. Entahlah...

No comments:

Post a Comment

Cuti hujung minggu

 Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...