Assalamualaikum..
Hari ini sudah menjengok hari ke-5 di bulan
Oktober. Bermakna lagi dua minggu akan menjenguk pula Hari Raya Haji.
Aku pula sudah masuk minggu ke-2 menjadi warga Pasir Mas. Keletihan,
kelelahan dan segala penat jerih aku harungi dan sabar menghadapi...
seawal pukul 4.00 pagi sudah bangun dari tidur dan bergegas ke bilik
air. (Syyy... sebenarnya jam loceng di kepala katilku yang berbunyi
nyaring pukul 4,00 pagi tetapi aku asyik postpone hingga pukul 4.30 pagi
baru terburu-buru berkejar ke bilik air.)
Pukul 5.30 pagi aku
sudah berada di atas jalan raya meredah kedinginan pagi di temani embun
yang mula menitis. Azan subuh pukul 5.45 pagi aku berhenti di Stesyen
minyak Caltex ataupun pukul 6.00 pagi di di Stesyen Minyak Shell Kuala
Krai untuk solat subuh sebelum meneruskan perjalanan ke destinasiku.
Memandu kereta di waktu dinihari, kedinginan yang mencengkam, sekali
sekala berlumba-lumba dengan lori balak, lori kargo yang membawa bijih,
dan segala jenis kenderaan berat di jalan raya membuat aku tidak
berhenti-henti bertasbih, bertahmid dan berselawat sepanjang perjalanan
agar aku tidak lalai semasa pemanduan. Ketenangan menusuk kalbu apabila
ayat-ayat zikrullah membasahi bibirku dan menyelami hatiku. Semoga
perjalananku sentiasa dalam keberkatan dan dilindungi oleh-Nya.
Ketika
aku sampai di Tanah Merah sekitar pukul 6.35 pagi berhenti mengambil
temanku dan meneruskan perjalanan. Sekitar pukul 6.45 pagi pemanduan
akan menjadi perlahan kerana waktu ini budak-budak sekolah mula berada
di atas jalan raya.
Aku akan tiba di tempat kerja biasanya pukul 7.40 pagi. Bergegas untuk punch card dan memulakan kerjaku.
Sepanjang
dua minggu ini aku belajar banyak benda baru. Masa menjadi terlalu
cemburu untukku dan aku perlu berhati-hati menyusun jadual waktuku agar
aku tidak keterlewatan di dalam kerjaku. Banyak masa aku perlu kejar
tetapi aku mengaku aku kelelahan. Pukul 8.00 malam baru aku akan tiba di
rumah.
Sepanjang perjalanan menimba ilmu ini banyak benda aku
pelajari dan lihat. Kenderaan dan manusia di jalan raya banyak memberi
aku ilham untuk mencoret sketsaku tapi aku aku terpaksa lupakan seketika
minatku ini kerana aku boleh lupa pelajaranku semata-mata kerana
berkarya.
In sha Allah selepas tamat pengajianku ini aku akan
tumpukan untuk menyiapkan manuskrip novelku yang hanya tinggal beberapa
bab lagi untuk ditamatkan jalan ceritanya. Aku ada 10 tajuk yang masih
menunggu giliran untuk disiapkan. Aminnnn....
Saturday, 5 October 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cuti hujung minggu
Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...
-
Buah manggis terkenal sebagai 'Queen Of Fruits'. Kandungan gizi di dalam buah manggis memberikan pelbagai khasiat untuk kesihatan. N...
-
Saya suka membaca dan berkongsi pengetahuan yang saya dapat dengan semua orang. Saya kerap ditanya bagaimana cara nak naikkan HB. Sudah ker...
-
Minggu ini sebenarnya aku agak sibuklah juga. Tetapi seperti biasa berlagak selamba dan suka melengahkan kerja. Akhirnya kerja tersebut memb...
No comments:
Post a Comment