Ramadhan 1435H sudah meninggalkan kita. Hari ini juga merupakan hari ke-4 kita merayakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Tahniah untuk semua dan juga muslimin yang sedang melakukan puasa 6 syawal. Anda bagaimana?
Lafaz Niat puasa sunat enam syawal :
“Sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.
Abu Ayyub Al-Ansari RA meriwayatkan, Nabi SAW bersabda :
"Barangsiapa
berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam
hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu
tahun . (HR. Muslim).
Imam Ahmad dan An-Nasa'ie, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi SAW bersabda:
"Puasa
Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan,
sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan
(puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh." (
Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam "Sahih" mereka.)
Berpuasalah
enam hari di dalam bulan Syawal. Walaupun sunat hukumnya, tapi
fadhilatnya amat besar. Ia juga berperanan menampung lompang dan cacat
puasa Ramadhan kita. Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan
kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada
bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten
untuk sepanjang kehidupan manusia.
Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak
menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu
dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan
seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.
Puasa Enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri. Ia juga mengekalkan tahap kesihatan kita di tahap yang ada kesinambungan (sihat) dengan keadaan semasa Ramadhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cuti hujung minggu
Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...
-
Termenung sendirian dalam perjalanan menaiki bas Transnasional dari bandar KK ke KL memberi aku idea untuk aku mencoret cerita merapu lagi d...
-
Saya suka membaca dan berkongsi pengetahuan yang saya dapat dengan semua orang. Saya kerap ditanya bagaimana cara nak naikkan HB. Sudah ker...
-
Buah manggis terkenal sebagai 'Queen Of Fruits'. Kandungan gizi di dalam buah manggis memberikan pelbagai khasiat untuk kesihatan. N...
No comments:
Post a Comment