Hobi aku bercucuk tanam terutama pokok hiasan. Tetapi semenjak aku tinggalkan rumah kerana sibuk belajar menyebabkan pokok-pokok bunga aku mati kekeringan membuatkan aku kini tidak lagi menumpukan sepenuh perhatian kepada bunga-bungaku. Sebelum ini aku gila menanam orkid tetapi pokokku kepupusan kerana setahun tidak mendapat sentuhan tangan sejukku.
Namun begitu aku masih ada beberapa pokok lagi yang baru kutanam dan benihnya kubeli atau kuambil dari rumah mak aku.
Bermain dengan pokok dan bergelumang tanah merupakan satu terapi untukku. Jangan cakap aku gila apabila aku bercakap dengan pokok tanamanku serta belalang dan ulat yang singgah dipokok tanamanku.
Kini koleksiku tidak serancak dulu lagi kerana aku sekarang dalam perancangan untuk pindah keluar dari rumah yang aku duduki sekarang ini. Maklumlah rumah tempat aku bekerja jadi berapa lamalah aku boleh duduk mendiaminya. Walhal tanganku gatal untuk bercucuk tanam. Klu ikutkan hati aku nak tanam pelbagai jenis tanaman dan pokok buahan sekeliling rumah tapi memikirkan kawasan tanah bukan milikku maka aku lupakan dan sememangnya terpaksa lupakan niat itu. Tetapi dalam pada itu aku masih sempat menamam pokok delima, pokok betik, pokok daun serai kayu, pokok daun pandan dan pokok mangga.
Benih pokok ini aku dapat hasil dari aku beli buah dan semai bijinya.
|
Buah Betik di pokok belakang dapur |
|
Bunga telang |
|
Bunga Raya Oren Besar |
|
Pandan yang baru tanam sebulan usia |
|
Betik |
|
Pokok Serai kayu |
|
rumpun serai belakang rumah |
|
Begonia pasu gantungan |
|
Buah betik |
|
Pokok Betik Jantan untuk ulaman |
|
Daun serai kayu |
Kesemua pohon yang aku tanam ini ada kegunaannya samada sebagai bahan makanan atau untuk petua penyakit dan rawatan tradisional lain. Tiada penyesalan berbudi pada tanah. Sekiranya aku tinggalkan tempat ini aku harap orang lain juga akan memanafaatkannya juga.
No comments:
Post a Comment