Tuesday, 7 January 2020

Jeragat

Aku pun dah lupa info ni amik dari mana. Aku jumpa dalam email tahun 2016 lagi.
Meh kita baca apa itu jeragat. 
Korang pasti bingung memikirkan masalah jeragat yang semakin banyak muncul di wajah. Di sini saya kongsikan cara-cara :
Menghilangkan Jeragat Di Muka
Ramai yang menghadapi masalah jeragat dimuka sering mencari kaedah, teknik, rahsia, panduan, cara bagaimana atau petua menghilangkan jeragat ini. Mereka ingin mencari petua menghilangkan jeragat di muka dengan kaedah dan teknik yang paling baik dan berkesan untuk diamalkan. Mereka mahu menghilangkan jeragat dimukadengan cepat, berkesan dan tanpa sebarang masalah sampingan kemudian hari.
Apa itu jeragat?
Jeragat adalah masalah kulit yang dihadapi. Jeragatboleh dijelaskan seperti yang berikut ini..
#Sejenis penyakit kulit.
#Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag;
#Seborrhoeic keratoses timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup.
#Melasme – tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.
#Skin Tag – Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher.
#Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor.
#Rawatan melalui pembedahan atau sapuan krim.
#Individu berusia 40 tahun ke atas lebih tinggi risiko berjeragat.
Petua menghilangkan jeragat dimuka yang boleh anda cuba amalkan adalah seperti yang berikut. Anda berhak memilih kaedah atau cara yang sesuai dan mudah untuk anda amalkan bagi mengatasi masalah jeragat ini
Pilihan Petua Untuk Menghilangkan Jeragat Di Muka
Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.
Cara Mudah Hilangkan Jeragat Dengan Kulit Pisang
Petua 2 : Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
Petua 3 : Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
Petua 4 : Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air agak-agak boleh dikisar (jangan terlalu banyak) bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 15-20 minit. Kemudian lembabkan muka, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
Petua 5 : Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda.Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda dapat dihindarkan dan kulit muka menjadi halus dan gebu.
Cara Mudah Hilangkan Jeragat Dengan Menggunakan Hampas Kelapa
Pilihan 6: Ambil sedikit kunyit hidup, sedikit tepung ubi, sebiji telur (ambil putih telur sahaja) dan 1 biji limau purut atau limau nipis. Tumbuk kunyit hidup lumat-lumat dan campurkan dengan tepung ubi dan putih telur. Kacau sehingga sebati bersama perahan air limau. Sapukan pada kulit muka yang berjeragat selama 25 minit sebelum mandi.

No comments:

Post a Comment

Cuti hujung minggu

 Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...