Thursday 13 December 2018

Atasi Kelemumur

Rambut dah cantik. Tapi masih tergaru-garu kepala. Nak kata ada kutu, jenuh dah sikat dan mintak kawan tolong carikan katanya tak ada. Tiada langsung tanda-tanda kehadiran kutu. Tiada kelibat telur kutu atau anak kutu dan kaum kerabatnya. Kulit kepala tetap rasa gatal. Bukan sekadar berdebu dan gatal-gatal malah berkeping-keping apabila di garu. Celah kuku terselit berkeping-keping, bahkan di atas bahu bila mengenakan baju warna gelap terutama hitam memang jelas kelihatan debu-debu kelemumur itu. Lama kelamaan kalau dibiarkan memang kulit kepala menjadi tidak sihat.
"Kepala kau ni penuh dengan kelemumur ," seru si kawan yang masih lagi membelek helaian rambut.
"Biar betul ! Patutlah aku rasa gatal aje rambut ," jawab aku.
"Kelemumur ni. Berkerak dah kepala kau ," tambahnya lagi.
"Aduhai, ni gara-gara stress agaknya. Kebelakangan ni aku kurang menjaga sikit rambut. Biasa setiap hujung minggu aku sapu limau purut atau limau nipis kat kepala . Ni aku syampu aje ," ceritaku lagi.
"Banyak faktor penyebab kelemumur ni. Selain stress, kulit kepala berminyak, kerap bertukar syampu dan syampu yang tak sesuai serta masalah resdung mungkin menjadi penyebab masalah kelemumur ," sambung temanku itu. Kepalaku juga di sikat dan diurut dengan lembut.
Aku tak nak cerita detail pasal kelemumur sebab aku belum cari data pasal kelemumur. Apa yang aku baca pasal kelemumur sebelum ni pun ingat-ingat lupa.
Tapi aku nak berkongsi petua mengatasi kelemumur.

 Petua Atasi Kelemumur Dengan Rambutan, Santan dan Limau Nipis.
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas dengan setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembab. Biar sebentar sebelum dibilas bersih. Lakukan seminggu sekali.

Petua Atasi Kelemumur Dengan Daun Nagka dan Daun Durian.
 Ambil beberapa helai daun nagka dan daun durian, masukkan ke dalam mangkuk atau gayung. Masukan air dan ramas-ramas daun tersebut. Gunakan air ramasan tersebut sebagai syampu. Amalkan selalu.

Petua Atasi Kelemumur Dengan Daun Pandan.
Ambil 7 helai daun pandan, cuci bersih. Potong halus untuk memudahkan di blender. Tambahkan setengah cawan air bersih lalu diramaskan. Tapi airnya dan gunakanlah untuk membersihkan kulit kepala. Biarkan hingga kering dengan sendirinya. Lalu bilaskan dengan air bersih dan cuci seperti biasa. Lakukan kerap hingga kelemumur hilang.

Petua Atasi Kelemumur Dengan Daun Lidah Buaya Dan Limau Kasturi.
Ambil isi daun lidah buaya dan bancuh bersama sebiji limau kasturi. Kemudian lumurkan rata pada kepala sambil digosok. Biar sebentar baru dicuci dengan syampu sesuai

Petua Atasi Kelemumur Dengan Listerine
Basahkan rambut dengan sedikit air dan kemudian tuangkan Listerine secukupnya ke kulit kepala. Urut dan usap Lsiterine ke seluruh bahagian rambut dan kulit kepala hingga terasa kedinginannya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat dari korang bayar treatment for scalp dekat salon.

Okey, itu adalah di antara petua atasi kelemumur yang aku kongsikan dan pernah di cuba beberapa kali oleh diri sendiri dan orang lain.

No comments:

Post a Comment

Cuti hujung minggu

 Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...