Nota ini aku terbaca kepunyaan anakku yang form 5. Aku ambil sebagai rujukan.
Pengertian Fardu Ain dan Fardu Kifayah
Fardu Ain
Fardu Ain ialah perkara wajib yang ditunaikan oleh setiap individu muslim yang sudah mukalaf iaitu cukup syarat-syaratnya seperti berakal, baligh dan sebagainya.. Contoh solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, serta menunaikan haji di Mekah bagi yang berkemampuan. Seorang muslim yang meninggalkan kewajiban fardu ain akan menanggung dosa besar, di samping menjejaskan kesempurnaan imannya. Dalam kata lain, fardu ain adalah kewajiban bagi setiap individu Muslim.
Fardu Kifayah
Fardu Kifayah iaitu sebagai perbuatan yang wajib dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan anggota masyarakat Islam, tanpa melihat siapa yang mengerjakannya. Apabila telah dilakukan , maka hilanglah tuntutan kewajiban itu terhadap orang lain. Tetapi sekiranya tidak ada seseorang pun yang melakukannya, maa semua orang berdosa. Contohnya seperti kewajipan mendirikan solat berjemaah, sekolah dan solat atas jenazah. Dalam erti kata lain, fardu kifayah adalah kefarduan yang wajib dikerjakan seseorang atau satu kumpulan yang mewakili masyarakat Islam , di sesebuah daerah Islam, negeri atau negara. Apabila kefarduan itu telah disempurnakan, maka kewajiban tersebut telah gugur ke atas seluruh anggota masyarakat yang terlibat. Jadi dapatlah dirumuskan bahawa fardu kifayah mempuyai ruang lingkup luas yang melibatkan seluruh aspek kehidupan meliputi ekonomi, politik, perundangan, ketenteraan, perubatan, kejuruteraan dan lain-lain.
Perbezaan Fardu Ain dan Fardu Kifayah
Fardu Ain :
- Wajib dilakukan oleh setiap Muslim yang mukalaf.
- Merupakan kewajiban dalam bentuk ibadat-ibadat yang khusus.
- Berkenaan kerja-kerja seorang Muslim yang lebih bersifat hubungan dengan Khalik (Pencipta)Nya.
Fardu Kifayah:
- Hanya wajib dikerjakan oleh seseorang atau sekumpulan orang sahaja.
- Merupakan kerja-kerja yang berkaitan dengan kemasyarkatan dan kenegaraan.
- berkenaan kerja-kerja seorang Muslim yang bersifat hubungan dengan makhluk di sekitarnya sesama manusia yang berkaitan kepentingan umat Islam.
No comments:
Post a Comment