Monday, 31 August 2015

Aku dan cerita merepek... Wassaaapppppppppppppp....

Assalamulaikum..
Kebelakangan ini beberapa masalah yang melingkari dan kesibukan serta ketiadaan talian internet menyebabkan dunia blogging seakan terabai dan dilupakan dalam mindaku. Dengan data network yang minima maka seharian hidupku hanya ditemani 'Whatsapp ' yang kadang-kadang dapat H+ dan kadang-kadang E+ ditalian android miniku. Namun apa yang aku perasaan lebih banyak GSM networking daripada H+ atau E+...
Angin perubahan yang melanda selepas banjir bukan sahaja dari segi fizikal persekitaran malahan minda juga kadang-kadang berubah dan sesak dengan anasir yang hadir bahana kepesatan yang aku dan teman-teman panggil wassap. 
Buruk baik sesuatu teknologi itu adalah ditangan kita samada menerima secara jujur dan celik minda atau terus tejebak dengan hasutan viral-viral yang menjadi medan fitnah alam maya. 
Buruk baiknya wassap adalah dalam diri kita sendiri. Satu penerimaan yang tiada beza dengan wanita diluar sana yang menggunakan wasap ini sebagai medan untuk menjadi lebih berinformasi serta menghubungkan dengan saudara mara di luar sana yang selama ini tidak pernah bersua muka apatah lagi mengenali.
Wassap di android memainkan peranan penting untukku kerana penyebaran maklumat yang aku perlukan seperti sekitar dunia masakan. Sebelum ini aku membuka laptop dan menunggu loading untuk disambungkan ke internet untuk mencari resepi yang aku perlukan. Hari ini dengan adanya group wassap masakan di android maka aku hanya perlu meminta resepi yang aku perlukan dengan menaip di wasap sahaja maka adakalanya tidak sampai satu minit resepi yang aku minta sudah diterima di telefon tanganku.

Friday, 8 May 2015

Bila Trauma Berakhir

Banjir besar yang bermula 21hb Disember  2014 dan berakhir 28hb Disember  2014 meninggalkan  kesan dan trauma yang mendalam  di hati mangsa - mangsa banjir.
Bukan sahaja kehilangan  harta benda malahan terpisah  dengan keluarga di saat air bah mula melanda seakan meninggalkan  trauma untuk aku jua.
Semasa itu apa difikiran  ialah untuk mencari kawasan  tinggi menyelamatkan nyawa sendiri dan orang sekeliling.
Pelbagai  ujian  ditempuhi dan syukurlah  dapat dilalui  dengan tabah.
Sehingga hari ini kesan2 banjir itu masih ada setelah  lima bulan berlalu. Setiap kali diingati  atau di tanya peristiwa banjir itu  air mata pasti bergenang. Aku juga sebolehnya tidak mahu mengingati peristiwa itu. Ianya  sebuah memori yg akan menjadi sejarah dalam hidupku namun ianya indah  dan pahit untuk dikenang.
Aku akan bercerita di lain kali peristiwa itu tapi kali ini aku ingin berkongsi  hobi aku yang mula aku cuba terapkan semula.
Bunga, pokok tanaman dan istimewanya Orkid...

Thursday, 18 December 2014

Cerita Banjir : 18 Hb Disember 2014

Assalamualaikum
Ada yang minta aku berkongsi cerita banjir dari Disember 2014 hingga Januari 2015.
Sebelum ni idea datang berlumba-lumba di kepalaku.
Tetapi apabila berada di depan lappy aku jadi kekakuan kekeringan idea.

Tuesday, 9 December 2014

Kombinasi Hebat Lemon & Madu

Jus lemon yang dikombinasikan dengan sedikit air dan madu dipercayai mampu membantu menurunkan berat badan. Jus lemon kaya dengan vitamin C yang dapat meningkatkan  daya tahan tubuh Manakala madu pula memiliki nutrisi dan mineral yang larut lemak.

Sunday, 26 October 2014

Resepi Nasi Kerabu

Pagi ni makan nasi kerabu tapi bukan aku yang masak. Gotong royong bonda dan adik2. Aku hanya tukang makan je. Itu pun masa aku tiba umah ma nasi dah terhidang. Apalagi basuh tangan ambik pinggan isi dan baca Bismillahirahmanirahim dan suap.
Bila cerita pasal nasi kerabu ni bagi sesiapa yang pernah menikmatinya pasti merindui keenakkannya. Klu pandai masak sendiri takpelah.  Tapi ni nak masak sendiri tak tau resepi.
Meh aku nak kongsi resepi tapi cara aku masak ikut resepi mak akulah.

Nasi Kerabu Bonda Iskina

Bahan Nasi:
Beras
Bunga telang diramas dlm air utk dapatkan warna biru dan buat masak nasi.
* Masak nasi hingga masaklah.

Bahan-bahan Kerisik:
Kerisik (aku suka kelapa digoreng dan ditumbuk ngn lesung batu).
*Bawang kecil/ merah (aku suka bakar)
*Bawang putih ( bakar lagi best)
*Serai
*Lada hitam
*Halia
*Gula melaka
Garam secukup rasa.
Isi ikan (kalau dpt ikan bakar lagi best. Klu x rebus aje).
Caranya :
Semua bahan * ditumbuk lumat. Gaulkan semua bahan di atas.

Bahan ulaman:
Timun
Bunga kantan
Daun Salam
Daun kesum
Daun ara ( klu xde tak apa)
Kubis (aku tak suka)
Taugeh
Tambah lah daun apa2 pun lagi janji bleh buat ulam.
Mak aku suka masukan karot diracik halus.
  Cara:
Semua daun ulaman dan timun dimayang halus. Bunga kantan pun diracik halus.

Bahan utk tumis:
Aku tak pernah buat. Tapi klu nak buat juga aku suka cara yg sepupu aku ajar.
Masak gula melaka, bwg putih, belacan, budu dan cili. Masak hingga sederhana pekat.
Semua bahan di atas ambil sikit2 masa nak makan. Digaul rata dalam nasi.
 
Bahan hiasan lain:
 (Kena dimakan bukan sekadar hiasan)
Ikan salut tepung
Daging bakar
Ayam bakar
Keropok goreng
Belacan
Sambal cili

Okey klu ada yg tak lengkap tambah lah sendiri sbb ini resepi cara aku bukan resepi korang.
Apa pun memang best. Dulu nasi kerabu adalah juadah pagi tapi sekarang tak kira waktu siang ke malam di makan. Pasar malam pun berlumba2 jual nasi kerabu tapi klu yg meniru dan masak sekadar lepas batuk di tangga tu aku gerenti tak ikut selera langsung .
Apa pun resepi aku ni bleh share ya.

Saturday, 25 October 2014

Berkebun Bukan Semata-mata Hobi

Hobi aku bercucuk tanam terutama pokok hiasan. Tetapi semenjak aku tinggalkan rumah kerana sibuk belajar menyebabkan pokok-pokok bunga aku mati kekeringan membuatkan aku kini tidak lagi menumpukan sepenuh perhatian kepada bunga-bungaku. Sebelum ini aku gila menanam orkid tetapi pokokku kepupusan kerana setahun tidak mendapat sentuhan tangan sejukku.
Namun begitu aku masih ada beberapa pokok lagi yang baru kutanam dan benihnya kubeli atau kuambil dari rumah mak aku.
Bermain dengan pokok dan bergelumang tanah merupakan satu terapi untukku. Jangan cakap aku gila apabila aku bercakap dengan pokok tanamanku serta belalang dan ulat yang singgah dipokok tanamanku.
Kini koleksiku tidak serancak dulu lagi kerana aku sekarang dalam perancangan untuk pindah keluar dari rumah yang aku duduki sekarang ini. Maklumlah rumah tempat aku bekerja jadi berapa lamalah aku boleh duduk mendiaminya. Walhal tanganku gatal untuk bercucuk tanam. Klu ikutkan hati aku nak tanam pelbagai jenis tanaman dan pokok buahan sekeliling rumah tapi memikirkan kawasan tanah bukan milikku maka aku lupakan dan sememangnya terpaksa lupakan niat itu. Tetapi dalam pada itu aku masih sempat menamam pokok delima, pokok betik, pokok daun serai kayu, pokok daun pandan dan pokok mangga.
Benih pokok ini aku dapat hasil dari aku beli buah dan semai bijinya.
Buah Betik di pokok belakang dapur
Bunga telang
Bunga Raya Oren Besar
Pandan yang baru tanam sebulan usia
Betik
Pokok Serai kayu
rumpun serai belakang rumah

Begonia pasu gantungan
Buah betik
Pokok Betik Jantan untuk ulaman

Daun serai kayu
Kesemua pohon yang aku tanam ini ada kegunaannya samada sebagai bahan makanan atau untuk petua penyakit dan rawatan tradisional lain. Tiada penyesalan berbudi pada tanah. Sekiranya aku tinggalkan tempat ini aku harap orang lain juga akan memanafaatkannya juga.

Friday, 17 October 2014

Cantik Di Hati

Aku tidak pasti berapa lama aku simpan tulisan ini di dalam buku nota kecil milikku. Aku juga sudah lupa dari mana sumber yang aku dapati tetapi kalau tak silapku dari sebuah majalah kewanitaan suatu ketika dulu.
Aku suka sangat menghayati kata-kata ini.
Jom kita sama-sama menghayatinya.

" Kegembiraan ibarat semburan pewangi, 
apabila kita memakainya semua orang 
akan dapat merasa keharumannya. 
Oleh itu berikanlah walau
 secebis kegembiraan 
yang anda milikki itu 
kepada teman anda."