Friday, 22 August 2014

Serbuk Kari, Kunyit, Kanser dan Nanoteknologi

Artikel ini aku dapati melalui pembacaan dari majalahsains.com
Untuk perkongsian ilmu bersama dan untuk lain-lain artikel yang lebih banyak bolek klik majalahsains.com sebab banyak artikel yang akan membuka minda kita terutama berkaitan kesihatan yang selama ini kita abaikan. Selain itu perkara yang berlaku kepada kita setiap hari tetapi kita biarkan ianya berlalu begitu sahaja tanpa kita berminat untuk tahu kenapa keadaan atau situasi itu berlaku.
Kali ini aku nak berkongsi berkaitan dengan kunyit atau serbuk kunyit dari segi kesihatan dan perubatan pula. Selamat membaca.
 
Serbuk Kunyit



Oleh Mohd Faizal Aziz
Mungkin tajuk rencana ini sudah terlalu ‘klise’ untuk menarik minat pembaca. Banyak rencana, buku dan maklumat-maklumat (berbahasa inggeris) boleh diperolehi dari pelbagai sumber untuk mengetahui potensi teknologi moden yang dikenali sebagai nanoteknologi. Namun begitu, usaha terkini yang dijalankan dalam dunia perubatan menggabungkan teknologi moden dan perubatan tradisional mungkin menarik minat kita untuk mengetahuinya lebih lanjut terutamanya dalam bahasa sains popular dan tidak terlalu saintifik. Tujuannya tidak lain ialah untuk menarik minat masyarakat umum meninjau perkembangan sains dan teknologi terutamanya dalam teknologi nano.
Seperti yang sudah sedia maklum, kanser merupakan pembunuh nombor 1 dunia yang paling digeruni. Sehingga kini tiada ubat khas yang dapat merawatnya dan kebanyakan pesakit yang menderita akibat kanser akan berakhir dengan kematian.  Usaha dilakukan oleh pakar-pakar dan saintis di seluruh dunia termasuk dari Timur dan Barat untuk menemukan penyembuh kanser yang paling ampuh yang dapat memperlahankan sel kanser dari terus merebak di dalam badan manusia.
Kita mungkin selalu menggunakan kunyit dan rempah ratus dalam masakan. Samada sedar atau pun tidak, selain di gunakan dalam masakan, kunyit juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi dalam peradaban timur. Sejarah penggunaan kunyit dalam serbuk kari dan pengamal perubatan tradisonal ayurveda telah muncul sejak 520 tahun Sebelum Masehi di kalangan penganut agama Buddha.

Kunyit sejak berabad lalu memainkan peranan penting sebagai agen pewarna di dalam pelbagai masakan India. Selain sebagai agen pewarna ia juga berperanan sebagai bahan yang digunakan dalam perubatan tradisonal. Penemuan terbaharu yang ditemui oleh gabungan saintis India dan Amerika seperti yang dilaporkan di dalam Jurnal Bionanoteknologi menunjukkan sebatian kunyit yang terdapat di dalam serbuk kari mempunyai unsur tertentu yang dapat mengubati kanser. Penemuan ini membuka lembaran baru dunia perubatan dan memberikan harapan kepada pesakit kanser. Dr Anirban Maitra, ketua penyelidik dari John Hopkins University School of Medicine Amerika Syarikat menemui sebatian aktif ’curcumin’ yang memberikan warna kuning terang di dalam serbuk kari yang mempunyai sifat anti-ransangan dan ciri-ciri agen melawan kanser.
Kunyit (Curcumin)
Selain Dr Maitra, beberapa kumpulan penyelidik lain melapor dan mengesahkan bahawa bahawa sebatian curcumin berperanan sebagai agen anti kanser berdasarkan sifatnya yang boleh menghalang sel kanser yang dikenali sebagai tumor daripada merebak. Antara kanser yang dikenalpasti dapat dicegah menggunakan ’curcumin ialah kanser kolon, kanser paru-paru, kanser buah dada, pankreas dan kanser prostat. Beberapa laporan penyelidikan lain juga melaporkan bahawa kunyit yang digunakan sejak berabad lama dalam penyediaan makanan timur boleh dikembangkan menjadi penawar terbaik untuk menghalang kanser.
Apa yang menarik, sebatian curcumin di dalam kunyit ini tidak memberikan kesan toksik pada sel-sel lain di dalam tubuh manusia selepas dilakukan ujikaji di dalam makmal. Apa yang menjadi persoalan ialah, mengapa kunyit tidak menjadi bahan asas utama dalam penyelidikan rawatan dan penyembuhan kanser dalam dunia perubatan. Menurut Dr Anirba Maitra walaupun bahan curcumin di dalam kunyit mempunyai potensi besar di dalam rawatan kanser, bukanlah bermakna kunyit hanyalah satu-satunya sahaja penyembuh segala penyakit.
Masih banyak dan luas lagi ruang lingkup penyelidikan yang perlu dijalankan menggunakan bahan-bahan lain selain kunyit dan melihat potensi sebenar bahan ini. Apa yang membezakan antara kunyit dan bahan lain ialah sebatian curcumin yang terdapat di dalam kunyit itu sendiri. Sekiranya pada zaman dahulu kala ia hanya digunakan secara terus samada di dalam makanan atau pun sebagai sapuan, pada masa sekarang kunyit dijadikan bahan kajian utama untuk menghasilkan sebatian nanocurcumin. Apa yang membezakan nanocurcumin dengan curcumin biasa ialah sifatnya yang luar biasa dan berbeza daripada sifatnya yang asal dalam bentuk makroskopik.
Sebatian makroskopik curcumin mempunyai tahap kelarutan di dalam badan yang rendah, mengambil masa yang agak lama untuk sampai kepada bahagian-bahagian sel dalam badan dan tahap kadar penyerapan yang perlahan sistem penghadaman. Untuk mengatasi masalah yang dihadapi sebatian makroskopik yang bersifat konvensional dalam disiplin perubatan, Dr Maitra yang mengetuai projek penyelidikan rawatan kanser telah mendapat idea untuk menghasilkan partikel bersaiz nano sebatian curcumin yang diperolehi daripada kunyit. Dengan penghasilan sebatian bersaiz nano, ia dijangka dapat mengatasi halangan yang didapati dalam sebatian asal seterusnya dunia perubatan menemui kaedah baru dalam usaha mengubati kanser.
Dr Maitra juga menegaskan bahawa untuk benar-benar mengeksploitasi kelebihan curcumin di dalam kunyit, mereka perlu menemukan kaedah terbaik untuk memasukkan sebatian tersebut dari luar badan tanpa melalui sistem penghadaman yang kompleks akibat sifat ketidaklarutan ( undissolved) di dalam larutan badan. Selain itu, ketulan-ketulan curcumin makroskopik kelihatan jelas di dalam larutan cecair dan mustahil untuk dimasukkan melalui suntikan. Dengan penemuan nano partikel curcumin, semua masalah ini dapat di atasi.
Dr Maitra dan kumpulannya juga sedang melakukan ujikaji di dalam makmal tentang potensi sebatian ini yang berupaya mencegah sel kanser pankreas dari merebak dan juga menghalangnya daripada membiak (self replicate). Menurutnya lagi, nanocurcumin membuka lembaran baru dalam dunia perubatan merawat kanser dan juga berpotensi untuk dikembangkan mengatasi penyakit lain seperti Alzheimer dan penyakit cystic fibrosis .
Teknologi nano seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini semakin menonjolkan potensi aplikasinya di dalam bidang perubatan. Sebatian nanocurmin yang didapati daripada kunyit yang digunakan seharian dalam rempah ratus dan masakan kita seharian, rupa-rupanya tersembunyi satu rahsia perubatan yang tidak diketahui oleh manusia sebelum ini. Ini adalah salah satu contoh hasil yang diperolehi dari penyelidikan nanoteknologi yang sedang giat diusahakan di seluruh dunia termasuk  dalam dunia perubatan. Masih banyak lagi rahsia-rahsia alam dan perubatan dari dunia timur dapat dicungkil melalui penyelidikan dan pembangunan untuk manfaat umat manusia pada masa akan datang.
Rujukan :
[1] Polymeric nanoparticle encapsulayed curcumin (nanocurcumin) : A Novel Strategy for Human Cancer Therapy. Journal of Nanobiotechnology 5:3
[2] Nano; The Magazine for Small Science, Issue 5, January 2008

Nota:// Rencana ini pernah terbit di Dewan Kosmik Januari 2009.

Sunday, 17 August 2014

Bagaimana Cara Membuat Jus Kulit Manggis Sendiri Untuk Kesihatan

Buah manggis terkenal sebagai 'Queen Of Fruits'. Kandungan gizi di dalam buah manggis memberikan pelbagai khasiat untuk kesihatan. Namun begitu khasiat pada kulit manggis, rupanya melebihi pada isinya yang putih itu kerana ianya mengandungi antioksidaan yang paling tinggi.
Kulit manggis memiliki bnayak khasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Kandunagan antioksidan di dalam kulit manggis sangat tinggi. Oleh sebab itu kulit manggis banyak dimanafaatkan untuk mengubati pelbagai penyakit. Sekarang ini, jus kulit manggis juga sudah berada di pasaran bersama produk lain dengan pelbagai jenama dan harganya.
Di sini saya akan kongsikan cara-cara untuk membuat sendiri jus kulit manggis di rumah :

  1. Ambil beberapa biji buah manggis. Ianya lebih baik sekiranya di campur dengan epal, anggur dan beberapa kuntum bunga rosella segar.
  2. Kupas kulit manggis dan sagat bahagian dalam kulitnya yang berwarna merah, Elak dari terkena bahagian hitam kulit manggis (kulit luar)  dan jangan sampai terkena getahnya kerana ia akan menyebabkan jus manggis menjadi pahit.
  3. Kemudian blender bahan tadi serta bahan lain. Isi buahnya juga bolej dimasukan atau kita makan sahaja. Seeloknya guna madu sebagai pemanisnya,
  4. Bila siap sedia untuk disajikan. Jus ini lebih elok diminum selepas makan.




Saturday, 16 August 2014

3 Sebab Jus Penting Dalam Pemakanan Harian


  1. Jus sangat bagus untuk poses pencernaan. Dengan mengamalkan jus, kesemua makanan yang anda ambil boleh 'memasuki' sistem dengan mudah.
  2. Dalam menyediakan jus, gunakan lebih banyak buah dan sayur yang boleh anda makan. Sebagai tambahan, minumlah jus yang padat dengan vitamin, mineral dan juga khasiat tumbuh-tumbuhan.
  3. Jus adalah detoksifikasi terbaik untuk hati.


Friday, 15 August 2014

Bagaimana Cara terbaik Membeli Jus


Kita selalunya tidak sempat menyediakan jus sendiri. tetapi klau hendak membeli pun agak sukar kerana terlalu banyak jenama yang ada di pasaran. Oleh itu kita hendaklah tahu bagaimana caranya untuk memilih jus yang baik. 
Semasa memilih jus, pastikan kita sentiasa membaca labelnya terlebih dahulu. Pastikan jus itu sudah dipasteur dan disediakan dengan sempurna. Sekiranya anda masih keliru, tanyalah kepada pihak yang mengeluarkannya. Ini penting, lebih-lebih lagi jika label yang tertulis pada produk itu tidak jelas atau pun ia dijual dalam botol kaca.

Tuesday, 12 August 2014

Elak Minum Ais Selepas Makan

Dalam keadaan cuaca yang panas, minuman berais tentu menyejukkan.
Namun amalan meminum ais selepas makan dikaitakn dengan masalah jantung.
Ais boleh membekukan makanan berminyak yang kita makan dan memperlahankan proses penghadaman.
Ini mengakibatkan penyempitan banyak saluran yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit.
Tukarkan amalan buruk ini dengan mengamalkan minum air panas atau air suam setiap kali selepas makan.

Minum Air Sejuk Mudahkan Kuman Membiak

Mengikut kefahaman rawatan tradisional Melayu, memakan atau meminum benda 'sejuk' memberi kesan tidak baik kepada kesihatan, lebih-lebih lagi kesihatan alat kelamin. Mengikut kefahaman sama, memakan atau meminum benda 'panas' memberi kebaikan kepada sistem fungsi badan dan ia juga  termasuk fungsi syahwat. Kefahaman ini juga dipercayai orang Cina dan India mengikut cara rawatan tradisional mereka. Kepercayaan ini mungkin betul mengikut tafsiran mereka mengenai perkara yang 'panas' dan 'sejuk'.
Mungkin tafsiran kita mengenai perkara panas dan sejuk tidak tepat. Misalnya, meminum minuman sejuk mungkin tidak sesuai untuk tekak yang mula radang dan boleh meningkatkan keradangan. Ini kerana ia memudahkan kuman membiak dengan cepat kerana ia tidak langsung kulit tekak tadi hilang daya kawalan akibat keadaan sejuk dan memudahkan jangkitan merebak.
Bagaimanapun, pendapat kononnya meminum air sejuk melemahkan fungsi anggota kelamin lelaki atau wanita tidak tepat. Mungkin menjirus air sejuk ke anggota syahwat yang terangsang membantutkan rangsangan.