Saturday 1 July 2023

Cerita 1hb Julai 2023

 Cerita 1hb Julai 2023.

Bukan mencarut dan bukan mengarut.
Lepas kes anak sedara yang jatuh sampai berjahit kepala masa berkelah di Rafflesia Trail Pamuc Ulu Cheka, malam tu AK tidur di Jerantut lagi. Risau anak saudara takut berlaku emergency lagi. Mana tau kot2 tengah malam buta dia muntah ke atau jadi sawan yang kena cepat2 bawak ke hospital Jerantut. Adik AK dengan lakinya bab-bab hospital dan klinik ni dia tak sanggup nak handle anaknya itu.
Siang 1hb Julai tu AK cuci kereta sendiri kat rumah adik. Berkilat kereta guna sabun Sunlight cuci pinggan. Sekitar jam 11.00 pagi, adik ajak ke tempat kenduri di Kampung Bukit Cermin Ulu Cheka. AK mulanya tak nak pegi, tapi adik cakap, tuan rumah ajak AK pergi sama, kebetulan sehari sebelum tu, adik AK hadir majlis rewang. AK pun sumbat semua anak sedara dan anak2 AK dalam kereta. AK yang drive. Laluan agak ke pedalaman lagi dari rumah adik. Sumpah, AK fobia betul hari tu.
Laluan ke sana sempit dan berliku, berbukit. Selisih kenderaan mesti kena salah sorang ketepi bagi laluan. Lepas tu stuck jem masa dah nak sampai rumah pengantin. Beratur dan jalan sempit sendat tak bergerak. Lama giler nak settle masalah tu. Tak jumpa parking strategic. Kiri kanan gaung dan tebing anak sungai. Akhirnya ada seorang pakcik mintak AK Park dekat belakang sebuah kereta. AK Legalah walaupun bontot keta masih terjulur.
Sampai kat situ kebetulan pengantin juga baru sampai. Jam dah 1.00 tengahari lebih. Dekat2 nak zohor dah. AK bersama dua anak AK dan anak sedara 4 orang serta adik terus serbu ke bawah khemah makanan. Beratur. Lama juga nak sampai turn. Tempat duduk penuh. Masa tengah beratur tu anak lelaki AK tiba2 mengadu jarinya digigit tebuan... Masa tu dia nak ambik nasi. Entah kenapa dalam ramai2 pengunjung yang bersesak dan berhimpit tu, tebuan tu berkenan dekat jari anak AK.
AK tengok jari dia area palm tu dah merah. Ada tercongek ekor sengat tebuan tu Kat situ. Tebuan kaler kuning hitam tu lah. Pusing kanan kiri, orang bersesak2, AK tak tau nak buat apa. Lalu terfikir hembus dan ludah kat tangan anak sambil berdoa semoga ianya tak melarat. Anak AK nak menangis sebab tangan dia kena sapu air liur AK. AK cakap ubat sementara, air liur ibu. Muka dia semacam aje... Eeeyaaakh...! Lepas tu AK mintak adik ikhtiar cari limau nipis tapi tak ada jadi terlintas nak guna cuka putih. Adik pun masuk ke dapur cari cuka. AK tuang dan urut2 ala2 buang bisa tu. Tangan anak AK dah bengkak dan lebam. Lepas sapu cuka anak cakap lega sikit. Jadi kita orang pun makan nasi. Anak AK juga makan nasi tapi dia mintak guna sudu sebab tangan kanan dia dah disapu cuka dan sisa air liur AK.
Sebab kat bawah khemah dan meja bahagian depan dah penuh, jadi adik AK ajak makan kat bahagian belakang berdekatan dapur. Sebab AK terambik satu makanan yang pedas jadi selera terbantut tak boleh nak habiskan nasi. Pedas giler ooo kepiting masak campur jantung pisang.kari.. ke apa nama dia org sebut. Masa tengah nak basuh tangan tu bunyi sayup2 suara announcement cam sebut nombor akhir kereta AK. Masa tu AK memang tak terfikir pasal kereta sebab ingat pakcik yang mintak AK park kat situ tadi cakap kereta depan mungkin tak keluar.
Jadi AK pun sambung minum sambil tunggu anak sedara AK yang kecik siap makan. Masa tengah cuci tangan sekali lagi bunyi cam nombor kereta AK diseru. Sebenarnya tempat AK makan tu bahagian dapur jadi agak ke belakang jadi tak tak berapa dengar sangat dan tak nampak pun apa yang berlaku kat depan.
AK was2 mungkin betul nombor plat kereta AK jadi ajak adik balik. Masa tu juga tangan anak AK dah semakin membengkak. AK sempat jumpa tuan rumah ucap terima kasih atas jemputan. Semasa dah dekat nak sampai ke kereta, kena menyelit celah orang ramai yang datang kenduri tu barulah terdengar jelas nombor kereta AK. Terus AK ajak anak2 cepat berlari ke kereta. Kebetulan AK risau ngn anak lelaki AK yang kena gigit tebuan tu. Sampai aje kat kereta pemilik kereta depan dah berdiri kat situ satu keluarga.
"Maaf, saya tak dengar tadi," ujar AK. Tapi dua orang yang berdiri sebelah kanan dah muka marah2 tengking cakap bukan sekali panggil tapi tiga kali. Dia orang tak terima kata maaf tu dan terus membebel marah. AK malas nak panjangkan lagi pun AK mengaku silap dah awal2. Masa tu hanya AK sorang yang berdepan dengan pemilik dan penumpang kereta depan tu. Adik AK terus masuk ke dalam kereta. Anak2 pun riuh berebut masuk ke dalam kereta melalui pintu sebelah kiri. Dia orang tak perasan yang Ak kena tengking dengan kereta depan tu. Tak taulah laki bini ke adik beradik kot sebab nampak muda dari AK. Mujurlah masa tu adik ipar lelaki AK tak ada sama. Hanya AK, adik dan anak2 kecil kami tu yang mungkin dia orang berani tengking2. Masa tu AK dah gigil. Adrenaline dah memuncak. Tambah suasana tengahari, cuaca panas. Bunyi muzik dan dj kat majlis kahwin menenggelamkan suasana. Satu sikap AK walaupun dah gigil nak marah, tapi masih boleh dikawal gilernya jadi AK masuk kereta dan undur. Bayangkan tempat kawasan tu berbukit, sempit kebun getah...Laluan jalan bertar tapi muat sebuah kereta dan berselisih sekadar sebuah motorsikal itupun kena berhenti salah satu. Mujurlah pakcik yang bagi laluan masuk tadi, sekali lagi cool aje tunjuk dan kawal laluan. Suruh undur, pusing stereng kiri kanan. Ke depan sikit pastu undur. Depan tebing tinggi curam kebun getah. Belakang pula kereta motor bersusun yang datang kenduri.. Nak uturn bukan senang tapi AK masih boleh berlagak sebab AK pemandu bandar dan juga pemandu kampung hutan bukit bukau semua AK redah dapat atasi. Satu jangan panik. Dua berpura tak panik. Ketiga biarlah orang lain panik kita boleh kawal panik dan perasaan marah.
Lepas tu bila dah keluar dari situ, AK berdesup lupa diri dah bawak keta, Jalan sempit berbukit buat cam jalan ni AK sorang je yang reti lalu... Meter bukan lagi 20-30km/jam tapi dah 50-70km...Semua penumpang kereta AK sunyi sepi dalam kereta. Masa sampai kat jambatan sempit pertama, AK berhenti tunggu giliran dan undur sedikit sebab nak bagi laluan kereta depan.
AK bagi satu persatu kereta dari berlawanan arah lalu dulu, sambil2 dalam kepala nak tunggu kereta yang AK blocked secara tak sengaja tadi. Hampir 10 minit menunggu tak nampak bayang pun. Tadi bukan ke main dia nak cepat sampai tak boleh tunggu nak undur kereta. AK saje je nak main bawak slow depan dia ke... Tapi tak muncul2.
Lepas tu bila jalan dah clear enjin dah menderam panjat bukit berliku, Alhamdulillah sampai rumah adik dengan selamat.
"Mama bawak macam orang gila. Taaakut..." Anak AK cakap.
"Mama
hebat
! Cekap bawak keta!"
Masuk rumah, AK suruh anak2 AK dua beradik tu pack barang masuk kereta. Nak balik dah.
Sambil2 tu AK tunggu kereta tadi lalu depan rumah sebab adik ipar AK tanya kereta mana. Lama juga tak muncul2. Lebih 15 minit tak nampak bayang. Masa AK Kat dapur barulah terdengar kereta tu lalu. Adik ipar lelaki AK dah jadi rimau bila bini dia cerita perihal tu. Dia beranilah sebab dia orang situ. Dia cakap org yang naik kereta tu bukan orang kawasan sini sebab tak reti sopan santun.
AK malas nak layan lepas zohor kami tiga beranak bertolak balik. Masa dalam perjalanan AK tercari2 juga Klinik Kesihatan sebab nak berhenti check anak lelaki AK. Dalam jeling kiri kanan jalan tu terlepas KK Damak. Laluan Benta Damak ni best main selekoh. Sambil mencari klinik tak jumpa. Ada nampak banyak klinik desa je.
Minyak Kereta AK isi masa dekat Petron Chiku 3 otw nak datang tu. Dah tinggal. 3 bar barulah berhenti isi kat Petron Lipis. Masa ni AK mintak tolong anak lelaki AK turun isi.. Dia mengadu pening dan tak larat. AK berpaling ke belakang tengok dia dah pucat tak bermaya. Hati AK dah jadi kecut. Risau dia kena alergi dengan gigitan tebuan kot.
Sepanjang perjalanan AK mencari Klinik Kesihatan. Nak masuk bandar Lipis AK tak biasa laluan jadi hanya menyusur laluan ke Gua Musang. Akhirnya nampak papan tanda Klinik Kesihatan Padang Tengku 800meter, AK nekad singgah. Berdoa semoga ada staff onkol.
Alhamdulillah staff onkol hari tu sangat berdedikasi melayan dan memberi rawatan. AK telefon nombor onkol yang ditulis kat pintu depan klinik tu. Masa sampai tekanan darah anak AK dah rendah. nadi pun dah 46...
Jadi kena perhati dan rehat kat katil di kecemasan situ. Tunggu punya tunggu lepas masukkan air drip satu botol barulah pressure naik 120+/58 dan nadi 60+ klu tak dalam masa menunggu tu alat monitor tu asyik berklip2 berbunyi bacaan 41, 43...
Selepas jam 4.00 ptg barulah selesai dan meneruskan perjalanan. AK tak singgah ke mana2 dah terus balik ke rumah.. Nak bagi anak berehat. Nak rehatkan otak AK yang juga dah penat.
Alhamdulillah anak AK Zaza, dah sembuh dan tak dapat simptom teruk alahan gigitan tu. Esoknya 2hb dia boleh pergi sekolah walaupun masa kat Klinik Pdg Tengku dia merayu tak nak pergi sekolah esok katanya. Tapi AK cakap kena pergi sekolah juga kalau dah sihat sebab tahun ni dia nak SPM dah.

Cuti hujung minggu

 Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...