Monday 31 March 2014

SMS dan aku

Petang ni aku terganggu sedikit apabila menerima sms dari seseorang. Semalam aku tanpa sengaja telah terbicara satu cerita. Hari ini dia sudah merayu kepadaku agar dapat membantunya. Aku rasa semacam je dengan rayuan dia sebab sebelum ini semasa aku kesempitan hinaan yang aku terima darinya. Aku tahu aku bukanlah tempat yang sesuai untuk dia merayu. Aku hipokrit. Mulutku tersenyum tapi hatiku menangis. Nasib oh nasib...


Friday 21 March 2014

Ada aku kisah...

Sepanjang minggu ini hari-hari yang kulalui agar bercelaru. Seawal jam 6.30 pagi aku sudah berada di atas jalan raya dan petang menginjak maghrib baru aku akan muncul di pintu rumah. hari-hari kurasakan amat memenatkan.
Teringat beberapa peristiwa yang aku lalui sepanjang minggu ini.
Ahad petang aku mengisi minyak di sebuah Stesyen Minyak Shell di Pulai Chondong. Aku mengisi minyak penuh tank dan duit baki RM48.10 aku ambil. Sambil mengira duit baki mataku memandang not RM5 sebanyak 3 keping, salah satunya rosak dan bertampal dengan salotape. "Uhh.. dapat duit camni plak". Aku terus masuk kereta dan berlalu. Apa pun aku puji adik chubby yang jaga kaunter petang tu seperti biasa ramah dan sopan santun. Tapi aku terkilan juga dengan duit not RM5 itu. Not RM10 dan RM20  aku tak belek pun.
Rentetan seterusnya pada hari Rabu aku terpaksa mengisi sekali lagi minyak sebab tinggal lagi dua bar di meter minyak kereta aku. Aku masih mengisi di stesyen minyak yang sama.
Petang itu cuaca agak hangat. Aku seperti biasa akan memakai spek hitam kerana perjalanan balik aku yang mengambil masa 1 jam lebih membuat mataku silau dan cepat mengantuk.
Aku sekadar ingin mengisi RM30 sahaja petang itu dan mengeluarkan not RM20 dan RM10. Di depan cermin kaunter itu juga ada seorang pakcik berkopiah putih berbaju hijau berdiri di situ. Aku tidak pasti samada pakcik itu nak mengisi minyak atau tidak kerana dia sedang berbual dengan cashier petang itu. Kali ini orang lain pula yang menjaga kaunter itu.
Pakcik itu dengan ramah menegurku tapi aku tidak faham butir buah bicaranya. Aku tersenyum dan bertanya sudah siapkah isi minyak. Pakcik itu memberi laluan untuk aku dan masih berdiri di situ. Aku menghulurkan duit yang aku pegang tadi. Akak cashier itu ramah juga menegurku. Sopan sangat.
"RM30 ye... Saya beli..."
Aku pun berlalu. Pakcik itu menegurku. Mulanya aku ingatkan pakcik tu tegur aku guna kad sebab aku hulur kad bonus link ambil point isi minyak.Aku hanya mengangguk .."Ya kad bonus link"
Lepas tu aku ke pump untuk isi minyak. Aku pandang akak tu tunggu isyarat dia tapi aku tak nampak apa-apa pun. Aku pun buka tank minyak keretaku dan mula hendak mengisi. Beberapa kali aku click tapi minyak tak keluar juga. Kemudian aku letak semula hose minyak ke induknya. Aku pandang ke kaunter. Pakcik itu masih di situ. Aku memberi isyarat kepada akak tu minyak tak keluar.
Tapi akak tu gamit aku. Aku pun kembali ke kaunter.
Dengan sopannya akak tu cakap.
"Maaf dik, akak tak boleh terima duit ni. Maafkan akak ye?" Berkali-kali dia minta maaf. Aku beritahu duit tu adalah balance yang aku isi minyak kat sini semalam (Aku maksudkan petang ahad). Tapi akak itu enggan menerima juga duit itu.
Petang itu cuaca agak hangat dan aku juga menjadi hangat tapi aku cuba mengawal keadaan. Terasa dimalukan pula seolah-olah aku guna duit palsu. Beberapa orang lelaki yang berada di situ memandangku penuh persoalan.
Untuk tidak berada lama di situ aku mengeluarkan not RM50 dan akak itu mengembalikan baki RM20. Aku cepat-cepat berlalu dan isi minyak. AKu rasakan di saat itu benar-benar membuat aku terasa dengan akak cashier itu dan pakcik yang meneguk tadi sebenarnya menegur "TONGKATNYA MANA?"... Aku pakai spek hitam jadi dia sinis aku ni buta. Pada firasatnya mungkin spek hitam ni orang buta sahaja yang guna.
Aku terlupa di mana aku berada. Mentaliti sesetengah orang yang masih belum boleh menerima sesuatu yang agak asing mungkin. Sekiranya aku bercakap loghat lain dia tidak berani menegurku kerana plat kereta aku pun kereta luar dia tidak akan menegurku begitu. Tapi disebabkan aku guna bahasa yang sama maka aku tak layak berpakaian begitu.
Aku sekiranya berpeluang membalas bicara pakcik itu aku hanya ingin berkata
 " Pakcik saya ni nak balik jauh. Doakanlah perjalanan saya selamat."
atau "Pakcik dah solat asar ke?"

Spek aku ni pun dah lama aku beli dan guna setiap hari terutama bila cuaca panas bertujuan untuk melindungi mataku. Mungkin aku tersilap tak buka spek hitam masa keluar kat kaunter tu. Sebab spek hitam aku  ni brand Carlo Rino dan aku selesa memakainya dan meredupkan mata kita,
Apapun aku hanya mampu berkata...
Hati sabarlah...





Cuti hujung minggu

 Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...