Tuesday 18 June 2013

Aku Rasa Penat Sangat...

Minggu ini aku rasakan minggu yang agak suram untukku. Seminggu lepas aku sibuk dengan urusan kerja yang tidak berkesudahan. Kesibukan dengan kerja membuat aku lupa dengan kerja-kerja yang memenatkan otak dan fizikal.
Bila bercerita pasal penat fizikal ini, aku bukanlah kerja seperti buruh kasar yang membanting tulang empat kerat di tengah panas. Aku masih lagi beruntung dapat bekerja di dalam bilik yang ber'aircond' dengan suhu di bawah 17OC. Namun apabila keluar ke lapangan aku masih boleh bertahan dengan suhu 33OC yang bisa membakar kulitku yang mulus.
Sepanjang minggu lepas aku jarang berada di pejabatku. Travel sejauh 100km+ sehala berkursus selama dua hari seakan memberiku peluang untuk merehatkan minda lari dari bebanan tugasan di pejabat.
Itu cerita minggu lepas.
Minggu ini pula cerita lain dan cerita baru pula. Cerita baru yang menyeronokkan, yang haru dan membuat aku hampir terpilu.
Kerjaku berkaitan dengan masyarakat tidak kira  lelaki atau perempuan, tua muda, kecil besar sehingga yang berstatus warga atau tidak aku hulurkan juga kedua belah tangan membantu menjalankan amanah yang diberi. Selama 14 tahun ini  (sebenarnya 17 tahun termasuk hari pertama aku memasuki industri ini) aku bergelar pekerja, segala pahit maung dan keseronokkan bekerja aku lalui. Ketawa gembira dan sedih pilu serta menangis di sebabkan kerja aku alami.
Sekiranya ditanya samada peristiwa yang menyeronokkan  atau tidak yang paling banyak memberi kesan sepanjang kerjayaku ini? Aku dengan bangganya menipu diriku sendiri "tentulah seronok bekerja".....
Orang cakap perlu keikhlasan dalam bekerja mencari rezeki yang halal. Aku setuju. Walaupun keikhlasan tidak dapat dilihat dengan jelas tetapi keikhlasan itu masih ada di hatiku dalam melakukan kerjaku ini. Kalau tiada keikhlasan tiadalah aku bertahan selama 17 tahun ini berdepan dengan kerjaya ini.
Bukan penyebab kerja ini adalah periuk nasiku tapi KESERONOKKAN bekerja yang aku temui dan kepuasan yang aku dapati apabila sesuatu tugasan dapat diselesaikan dengan jayanya membuat aku tekad dan bertahan dengan kerjaku ini.
Sesetengah orang cakap kerjaku glamour. Macam cerita kat TV tu... Tapi aku menyampah betul tengok cerita kat TV yang gedik semacam tu. Huh! Bestlah kalau cara kerja aku yang sebenar gedik sebegitu. Mengarutlah cerita kat TV tu. Aku dah menyampah nak tengok sekarang ni sebab realiti kerjaku jauh berbeza dengan jalan cerita 'Misiku Kuza'. Bagi aku cerita tu gedik dan menjatuhkan mertabat teman-teman sekerjayaku. Kita orang berkerja takdelah tergedik-gedik camtu. Ehem..! Tak nak komen lebih-lebih sebab aku sekali aje tengok cerita tu pastu sampai sekarang aku tak ingin tengok lagi. Aku mendengar dari mulut teman-temanku yang majoriti menyampah dengan cerita 'Misi Gedik' itu.
Kita sambung pasal cerita akulah pula. Pagi tadi lepas 'punch card', aku bersama doktor K di tempat, aku ke PDK berdekatan. Rutin bulanan ialah memeriksa dan memberi rawatan pelatih yang hadir ke PDK tersebut pada pagi itu. Sebenarnnya jumlah pelatih yang hadir tidaklah ramai sangat tapi kehadiran 14 orang pelatih 'Orang Kelebihan Upaya' di situ mencabar minda juga untuk berdepan dan menjalankan tugas. Aku 'salute' dengan staf di situ yang sabar dan penyayang sangat melayani pelatih-pelatih yang ada. Semenjak setahun mengenali anak-anak istimewa ini aku juga sudah boleh mengingati nama-nama mereka serta 'feel' perangai mereka.  Kerja memujuk lebih banyak dari bantuan lain. Sebab itu aku salute kesabaran staf PDK iaitu Mie, Nurul, Na dan Ayu melayani pelatih-pelatih yang ada. Makan, minum bahkan 'berak kencing' dia orang pun dijaga bersih. Pelatih juga diajar untuk berdikari walaupun kebanyakan alami masalah pembelajaran yang kronik.
Hampir 1jam lebih bersama-sama pelatih di situ, aku pula meneruskan perjalanan ke Pasir Linggi.
Kg.Pasir Linggi adalah perkampungan Orang Asli yang terletak dalam Daerah Gua Musang tetapi bahagian Kesihatan Keluarga adalah di bawah Operasi tempat kerjaku. Aku pula ditugaskan untuk menjaga kawasan tersebut bersama seorang lagi temanku. Skop bidang tugasku untuk orang perkampungan ini sebenarnya melibatkan kesihatan ibu dan anak sahaja tetapi kebelakangan ini bebanan itu semakin bertambah.

Pagi tadi aku TERPAKSA masuk ke kawasan tersebut yang berjarak lebih kurang 30km dari opeh aku. Namun perjalanan mengambil masa hampir sejam lebih disebabkan oleh kelajuan sekitar 30km sejam sahaja. Walaupun jalan berturap tar tapi berbukit bukau, sempit dan bila berselisih kenderaan perlu berhenti. Pagi tadi juga kenderaan yang aku naiki terserempak dengan lori balak yang hendak keluar dari situ sehinggakan hampir 15 minit juga terpaksa berundur ke belakang mencari ruang jalanan untuk lori itu lalui. Jalan pula masa itu mendaki dan mustahil rasanya untuk membiarkan lori itu mengundur kerana dia menghala turun dan jalan berliku dan bercuram sempit di belakangnya. Sumpah...! Demi Allah! Kecut perutku apabila lori itu melintasi kenderaan yang kami lalui.
Aku perhatikan juga walaupun jalan di kawasan ini sempit, berliku dan berbukit bukau, masih ada lagi budak-budak dari luar penempatan ini yang tinggal di pinggir kampung keluar masuk dan melalui jalan ini. Budak-budak ini terutama budak yang sama aku kerap terserempak memandu laju, sehinggakan beberapa kali kenderaan yang aku naiki hampir terbabas kerana mengelak dari terlanggar motor yang terbabas masuk ke lorong kenderaanku. Sumpah seranah dah biasa kita orang hamburkan lantaran terkejut dengan kemunculan diselekoh tajam. Syukurlah kerana pemandu opeh aku sangat cekap dan berhemah memandu. Bahkan kami pernah terserempak dengan budak-budak motor yang menghala 'straight' ke arah kenderaan kami dan tergolek di depan kereta kami. Budak-budak rempit ( aku rasa sesuai gunakan) ini memang lasak dan degil ' babil' ... lepas tu dia orang blah gitu aje sedangkan kenderaan kita orang dah masuk parit mengelak motor rempit hantu tu. Mujurlah pajero yang kami naiki juga lasak. Salute kat Encik O, Encik Z dan En R, pemandu yang cekap dan dedikasi.
Lorong Balak...
Tempat Pembuangan Sampah
Kenderaan kami tiba di Perkampungan itu pukul 11.30 am. Jenuh mencari senarai pesakit yang hendak di bawa keluar seramai 7 orang untuk berjumpa doktor. Biasalah merendah semak dan lalang mencari rumah ke rumah. Bila dah jumpa terpaksa menunggu dia orang bersiap dahulu walaupun dah diberitahu awal-awal agarberkumpul di balai raya. Sebaliknya kami terpaksa menjemput dari rumah ke rumah. Memberi salam. Menunggu mandi dan bersiap. Hingga pukul 12.20pm aku masih mengetuk rumah yang ke-6. Dah siap ajak masuk kenderaan bergerak .... tunggu kumpulan yang awal berjumpa dan tugasanku di kawasan itu selesai pukul 12.45pm.
Penempatan Perkampungan Pasir Linggi

Muhammad Hussin Bin Abd Ghani

CERITA AKU INI AKAN BERSAMBUNG LAIN KALI KERANA JAM SUDAH PUKUL 12.42 PAGI. AKU PERLU TIDUR DULU WALAUPUN MATA MASIH BELUM MENGANTUK TETAPI BESOK AKU PERLU BANGKIT AWAL SEPERTI BIASA PERSIAPAN KE SEKOLAH DAN KERJA...
Misiku Yang Dedikasi
Pandangan dari halaman rumah salah seorang penduduk





Friday 14 June 2013

Aku dan Kursus di Tumpat

Cuti hari minggu barulah berkesempatan untuk berbicara di sini. Semalam seawal 6.10pagi atas tuntutan kerja aku berkejar ke Tumpat bersama teman-teman sekerja menghadiri kursus. Sebenarnya semalam adalah hari ke-2 aku berkursus di Pusat Latihan Tumpat.
 Sebelum ini aku pernah beberapa kali menjejak kaki ke sini.Aku pernah mewakili daerah kerjaku di dalam pertandingan 'Oral' peringkat negeri dan aku berjaya mendapat tempat ke-3 tahun 2012. Selain itu aku juga hadir mengikuti kursus dalam perkhidmatan di sini beberapa kali semenjak aku bekerja di negeri ini.
Bercerita berkaitan kursus semalam, aku hadir sebagai Fasilitator kursus. Persediaan mental dan fizikal aku perlukan apabila aku terpaksa berdiri di depan mengendalikan bengkel bersendirian, walaupun peserta untuk setiap sesi hanya 10 orang tetapi aku terpaksa mengulangi perkara yang sama sebanyak 4 pusingan. Tengah hari itu apabila melibatkan peserta sesi kumpulan ke-4, aku hampir tiada suara.
FMS Dr Roshana dan FMS Dr Jusoh Fasilitator Kursus
 Peserta kursus sebenarnya seramai 40 orang dan pada hari kedua telah dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana setiap kumpulan mengandungi 10 ahli. Setiap satu kumpulan akan mengikuti bengkel yang akan dikendalikan oleh seorang fasilitator dan bergilir setiap 30 minit untuk satu sesi.
Peserta Kursus
Peserta ini terdiri dari Pegawai Perubatan dan Paramedik dari Hospital dan Klinik Kesihatan Zon 2 yang telah kami bahagikan semasa mesyuarat yang lepas. Sepanjang mengendalikan bengkel ini, untuk sesi pertama aku telah tersilap dalam tanggapan apabila sesi video yang aku kendalikan tidak kutemui. Aku menyangka laptop yang disediakan adalah sama dengan laptop milikku maka aku bersedia dengan video yang sama di dalam laptopku. Namun jangkaanku meleset apabila aku tidak menemui video yang sepatutnya aku bincangkan dengan peserta sesi 1. Aku hampir kelam kabut juga di buatnya dan hampir 10 minit sesiku berterabur atas kecuaianku sendiri. Aku cuba menelefon urusetia tetapi talian enggage maka terpaksalah aku menggunakan alternatif lain untuk mengendalikan bengkel sehingga tamat.
 Ketika masa masih ada 15 minit lagi untukku tamatkan sesi, barulah urusetia muncul di bengkelku. Alhamdulillah, rupanya aku yang tersilap kerana software laptop yang disediakan oleh urursetia adalah lebih mudah untuk dikendalikan berbanding laptopku yang menggunakan Windows 8. Sebenarnya belum banyak lagi software aku install di dalam laptopku. Dalam masa 15 minit itu maka aku hampir semput nafas bercakap dan bercakap untuk menyampaikan maklumat yang diperlukan.

Semasa sesi untuk kumpulan ke-2 dan seterusnya , Alhamdulillah berjalan lancar kerana aku dapat mengendalikan majlis dengan licin apabila sesi bengkelku dan peralatan dapat diaplikasikan dengan sepenuhnya seperti yang dirancangkan.
 Kursus ini berjalan secara santai namun peserta tetap diajukan dengan soalan berkaitan kerja dan tindakan serta tujuan setiap tindakan di ambil. 
Peserta juga diberi kertas penilaian kursus untuk diisi dan diserahkan kepada urursetia.
Rata-rata peserta melahirkan rasa bersyukur dan memuji kerana dapat menghadiri kursus ini dan berharap agar kursus ini diperluasakan lagi untuk semua kakitangan yang terlibat terutama kakitangan barisan hadapan. Perkongsian ilmu dan pengalaman telah dapat membuka minda dan matlamat kursus dapat dicapai serta mengharapkan setiap peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan pengalaman yang didapati dari kursus ini di tempat kerja masing-masing.
Penceramah Paediatrician Dr Noraini
Kursus ini telah ditamatkan dengan jayanya. Terima kasih untuk semua peserta, urusetia serta Fasilitator kursus  atas perkongsian ini.
Segala kecacatan yang disebabkan oleh kealpaan aku sendiri telah memberi pengajaran untukku agar persediaan perlu dilakukan dan lebih berhati-hati di masa hadapan.

Saturday 8 June 2013

Cerita Lalat dan makan di warung

Malam tadi aku mengemas meja belajarku yang penuh dengan kertas dan nota kecil serta manuskrip karya aku yang syok sendiri. Aku terjumpa sehelai pamplet berkaitan lalat yang terselit di celah diari kerja. Pamplet itu aku ambil di klinik entah bila masanya kerana pamplet itu sudah lama berada di situ dan warnanya sedikit pudar.
Bila baca pasal lalat ini aku teringat peristiwa aku dan adik lelakiku makan di warung yang ada banyak lalat. Keesokan harinya kami berempat sakit perut mungkin keracunan makanan. 
Ceritanya bermula apabila suatu petang aku ke bandar bersama Boboy dan Tyra ke butik kecantikan. Semasa di lampu isyarat aku berselisih dengan adikku di lorong sebelah menghala ke arah bandar Kuala Krai. Apabila memasuki lorong ke Bandar Krai kami sama-sama berhenti di satu lagi lampu isyarat. Kenderaan kami hanya berselang sebuah kereta. Adikku di depan. Aku menelefon adikku dan bertanya  arah tujunya. Retetan dari situ aku mengekorinya hingga ke bandar Krai. Aku singgah di bank dan dia pula masuk ke Farmasi mencari susu anaknya. Selepas selesai mengambil duit dari mesin ATM aku pun turut sama masuk ke dalam farmasi bertanyakan perihal susu yang dicarinya. Aku kemudian mengajaknya bersembang sambil makan kerana ada banyak persoalan yang aku ingin bertanyanya.
Adikku memberitahu dia baru pulang dari Kota Bharu  menjengok anaknya yang berada di hospital . Aku lihat lihat petang itu wajah adikku kelihatan muram dan tidak seceria seperti biasa. Wajahnya mengambarkan satu beban yang berat sedang dipikulnya waktu itu.
Aku bertanya khabar perkembangan anak kecilnya yang masih ditahan wad di Unit Rawatan Rapi Bayi di Kota Bharu. Adikku dengan sedihnya menceritakan perkembangan anaknya yang mengalami masalah jantung dan masih menunggu giliran untuk rawatan di IJN, KL. Nada suaranya tidak lagi seceria ketika dia menelefon aku semasa mengkhabarkan isterinya selamat melahirkan bayi ke-3 nya itu. Petang itu dia kelihatan sangat lemah. Aku bertanyakan tentang dirinya dan mengajak dia makan. Pada mulanya dia menolak dan memberitahu sudah makan di Kota Bharu. Aku terus memujuknya memberitahu aku dan 'escort' aku dua orang lagi lapar dan mengajaknya menemani kami makan. Akhirnya dia bersetuju dan aku meminta dia membawaku kedai yang dipilihnya.
"Kita makan di kedai Pak Mentua aku cakap kat situ makanannya sedap." ujarnya.
"Okay. Kat mana tu?" Aku bertanya pula.
"Kedai hujung dekat Stesyen Keretapi," ujarnya lagi.
"Okey. Beres. Aku belanja ya." ujarku pula.
Aku memintanya menunjukkan jalan dan kami bergerak dengan kereta masing-masing.
Sesampainya di kawasan stesyen keretapi setelah 'memarking' kereta aku mengikutnya masuk ke dalam sebuah warung yang terletak paling ke hujung.
Ketika itu tiada pelanggan kecuali dua orang perempuan sedang berbual di meja yang terletak di depan warung. Sementara seorang budak lelaki pula sedang menikmati makanannya sambil 'bermain' telefonnya. Mereka itu mungkin keluarga pemilik warung itu.
Aku dan adik terus memilih meja yang paling depan. Adikku duduk bersebelahan Boboy sementara aku duduk mengadap mereka bersama Tyra.
Kami memesan makanan masing-masing iaitu Boboy memilih Nasi Goreng Pataya, adikku memilih Nasi Goreng Kampung sementara aku dan Tyra memesan Nasi Goreng Ikan Masin.
Sambil menunggu nasi siap, hidangan minuman lebih awal sampai. Kakak yang menghantar minuman itu sedikit menjengkelkan caranya meletakan minuman di depan kami. Mungkin cara kami yang selekeh, biasalah ada standard melayan pelanggan mengikut kelas. Aku melayan Tyra yang mula buat perangai suka memanjat. Semasa nasi sampai azan maghrib dari masjid berdekatan berkumandang.
Selesai azan kami pun mula menikamati hidangan kami. Ketika itu suasana di luar warung masih 'cerah'. Beberapa orang kanak-kanak bermain badminton di luar kedai.
Semasa kami menikmati hidangan itu ada beberapa orang kalau tak silapku tiga orang pelanggan lelaki datang memesan makanan.
Adikku mula merungut apabila lalat mela menghurungi meja kami dan hinggap ke atas makanan kami.
Aku memerhati adikku membengkokkan straw minuman di dalam gelas miliknya, Boboy dan Tyra.
"Kenapa 'lipat' straw tu?" Tanyaku sedikit pelik.
Adikku ketawa kecil. 
"Lalat banyak ni. Lalat akan hinggap di bekas makanan yang paling tinggi dan paling suka hinggap di straw."
Ujarnya sekaligus mengajarkan satu petua atau cara baru  yang aku sediri tidak tahu.
Aku pun turut sama membengkokkan straw apabila lalat mula menjadikan straw milikku yang masih tegak sebagai sasarannya. Satu keajaiban bagiku apabila lalat tidak lagi hinggap di bekas minuman kami tapi berterbangan di atas meja.
Melihat lalat yang semakin banyak muncul aku mula merungut.
"Tak boleh jadi ni. Bahaya kalau lalat hinggap atas makanan kita. Kedai ni kotor sangat sebab tu lalat datang ," bisikku  sambil mengunyah makanan. Tyra pula enggan makan nasi goreng milikknya. Dia hanya minum air teh dan mula bermain. Aku cuba memaksanya makan sedikit nasi.
" Jangan membazir dik. Tak elok. Allah tak suka orang yang membazir." pujukku sambil cuba menyuap nasi ke mulutnya. Dia hanya makan beberapa suap sahaja dan enggan makan lagi.
"Cukup, Tya dah kenyang."
Maka terpaksalah aku dan Boboy menghabiskannya. Sambil makan kami berbual berkaitan dengan motor dan kereta adikku yang ingin dijualnya. Aku memberitahunya aku telah mengiklankannya di internet.
Adikku juga memberitahu ada satu sms kosong yang diterimanya dari nombor yang tidak dikenalinya.
Aku meminta nombor tersebut dan mendail nombor tersebut menggunakan telefonku. Seorang perempuan yang menjawabnya dan bertanyakan pasal motor yang diiklankan di internet. Aku bercerita perihal motor dan pemanggil itu berjanji akan berbincang dengan keluarganya terlebih dahulu dan berjanji menghubungi semula. Selepas menamatkan panggilan aku meneruskan menghabiskan makanan di pingganku.
Abang yang menjadi tukang masak warung itu amat baik layanannya dan berbual mesra dengan kami. Aku terlupa slot perbualan dengan dia .
Selesai makan aku membayar makanan itu.
" Maaflah kak, saya tak ada duit kecik pula," ujarku sambil menghulurkan not seratus. Kebetulan petang itu aku menyelit duit beberapa ratus ke dalam poket telefon aku untuk membayar kutu. Akak tuan kedai itu tersenyum mesra sambil mengambil duit yang kuhulurkan untuk membayar harga makanan. Semuanya RM13.30 sen. Empat pinggan nasi goreng, dan empat jenis air amat murah di warung itu tetapi bila memikirkan dari segi lalat aku rasa tak nak masuk dah kedai itu.
Aku dan adikku berpisah di kedai itu dan meneruskan perjalanan kami. Adikku kembali ke Kota Bharu dan aku kembali ke rumahku.
Pagi esoknya aku bangun dari tidur dengan rasa yang tidak selesa sangat pada perut dan pundi kencing rasa seperti bengkak dan bertangkung 'air banyak'. Mulanya aku ingat mungkin sebab aku kurang minum air tetapi semasa kencing tiada masalah dan kencing juga seperti biasa. Perut yang sebu tidak juga hilang dan mula hendak berlari ke tandas. Tetapi bila ditandas tiada pula tanda hendak membuang air besar. Lebih kurang pukul 10.00 pagi, adikku menelefon memberitahu dia mengalami diarea (Cirit). Kesimpulannya bukan aku seorang sahaja yang mengalami masalah itu. Tengahari itu pula Boboy pula bercerita.
"Kenapalah perut Boboy ni sakit memanjang je hari ni. Dah banyak kali pergi ke tandas ," jelasnya.
" Boboy ada muntah ke?" Tanyaku pula.
"Tak ada, tapi perut rasa sakit memulas." beritahunya lagi.
Aku teringatkan Tyra. Bagaimanalah dengan perut dia yang kecil itu. Seharian itu aku asyik berulang alik ke tandas. Namun kuperhatikan Tyra tiada tanda-tanda alami masalah seperti kami bertiga. Malam keduanya sekitar pukul 3.00pagi, aku melihat Tyra bangun dan merangkak ke hujung katil. Dia berteleku di situ sambil tangannya menekan perutnya. Apa hal pula ni.
Aku tidak mempedulikannya dan terus memejam mata kembali. Tiba-tiba Tyra menepuk kakiku.
"Kenapa ni?" Tanyaku dengan mata yang tertutup mengantuk.
"Tyra sakit perut. Tya nak ke tandas. Buka lampu,"
Ujarnya bernada cemas.
Aku terus terlompat bangun dan menemani Tyra ke tandas. Tyra terus berlari ke tandas sebelum sempat aku memetik suis lampu. Aku mendengar dia cirit.
Baru aku terfikir, Tyra dan Boboy lewat mendapat simptom 'Food Poisoning' mungkin kerana faktor antibodi mereka masih kuat.
Aku rasa kami semua menghadapi masalah ini selepas menikmati makanan di warung tersebut kerana sebelum itu aku makan tengahari di rumah dan tiada masalah termasuk suamiku. Tetapi apabila aku, Boboy, Tyra dan adikku menikmati makanan di situ kami menghadapi masalah tersebut.
Ini semua lalat punya pasallah. Warung itu memang kotor tapi aku masih berdegil dan inilah akibatnya.
Aku rasa hendak melaporkan kepada orang Kesihatan bahagian Kebersihan dan kawalan penyakit berjangkit tetapi bagaimana ya…
Aku masih kebingungan sehingga kini...
Itulah ceritaku yang berkaitan lalat.

Ini pula perihal lalat yang aku 'copy paste' dari pamplet kesihatan itu.

Pengenalan
Lalat rumah boleh didapati di dalam dan sekeliling rumah, sama ada di kampung-kampung atau di bandar-bandar di mana taraf kebersihannya rendah. Jenis-jenis lalat termasuklah lalat rumah, langau, lalat daging dan lalat kandang.
Apakah Bahayanya Lalat
Lalat telah dikaitkan sebagai pembawa kuman penyakit yang boleh menyebabkan individu dan keluarganya mengidap penyakit. Contoh penyakit yang dibawa lalat termasuklah disenteri, cirit birit, tifoid (Demam Kuning), jangkitan cacing dan keracunan makanan.
Keadaan Yang Menggalakkan Pembiakan lalat
Lalat tertarik kepada najis manusia dan binatang serta berbagai tempat lain seperti tanaman/ buah-buahan, sampah sarap, sampah kebun dan sisa makanan.
Pencegahan Dan Pengawalan
Kehadiran lalat adalah disebabkan adanya najis manusia, baja binatang dan pembuangan sisa makanan atau sampah sarap yang tidak sempurna. Kawalan lalat memerlukan penghapusan tempat-tempat pembiakan lalat, pemusnahan larva dan lalat dewasa serta menjadikan makanannya sukar diperolehi. Penghapusan pembiakan lalat bergantung terutamanya kepada kebersihan alam sekeliling dan penggunaan racun serangga yang sempurna, umpan yang beracun 'electric grids' dan perangkap. Cara lain termasuklah menjaga kebersihan, penyelenggaraan rumah yang baik dan melaksanakan kawalan kebersihan yang dicadangkan. Kawasan sasaran kawalan ubat merangkumi premis makanan, restoran, rumah, ladang ternakan, tempat penyembelihandan kilang makanan.
Lalat dan Pengawalan
  1. Bahan buangan dan sampah sarap harus dibungkus sebelum dibuang.
  1. Tong sampah harus dibersihkan dan sentiasa ditutup rapat.
  1. Makanan harus dikawal daripada dicemari oleh lalat dengan menutup dengan saji atau menyimpan dalam almari.
  1. Gunakan lilin yang menyala atau alat pembunuh elektrik agar lalat tidak hinggap di atas makanan yang terdedah.
  1. Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tempat penghidang makanan.
  1. Memastikan pembuangan sampah dilakukan dengan sempurna.
  1. Lalat-lalat dewasa harus dihapus dengan semburan racun serangga.
  1. Mengadakan kempen-kempen kebersihan seperti gotong royong.
  1. Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan berhubung kebersihan yang tidak memuaskan. Contohnya sampah yang tidak diangkut.

Bersama-sama menjaga dan memelihara kebersihan persekitaran bagi mengawal pembiakan lalat.
"Persekitaran Terpelihara, Lalat Tiada"
  Sumber pamplet Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan 2006

Friday 7 June 2013

Sayur dan Ulaman dari Kebun Bonda

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini Jumaat tanggal 7hb Jun 2013 dan jam di sudut tepi laptop menunjukkan pukul 11.49 pagi.
Hari ini masih lagi di dalam mood bercuti. Rupanya sudah masuk hari ke-5 aku tidak menjenguk diri ke tempat kerja. Ikhlas aku rasa tenang seketika apabila tidak perlu memikirkan masalah tempat kerja. Bukan bermakna aku tidak suka dengan tempat kerjaku tapi aku perlukan waktu untuk merehatkan minda seketika setelah bertungkus lumus dengan kerja. Aku tidak ingin berbicara pasal tempat kerjaku kerana masa cuti ini aku ingin lupakan seketika hal kerja kerana hari Ahad lusa aku perlu jejak kaki semula ke tempat kerja.
Pagi ini pakaian untuk di cuci hanya satu bakul besar sahaja. Biasanya apabila hari minggu (Untuk Kedah, Terengganu dan Kelantan, hari jumaat adalah hari minggu) aku mula memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin seawal subuh lebih kurang 5 bakul besar kerana seminggu tidak mengerjakannya. Tapi hari ini satu bakul sahaja. Pagi ini aku hanya menyediakan sarapan roti bersalut telur dan susu sahaja untuk keluargaku. Seterusnya sambil memasukkan pakaian ke dalam mesin aku mepersiapkan keperluan dapur untuk makan tengahari.
Kebun Getah Bonda di seberang jalan depan rumah. Nun di bawah sana kelihatan sungai yang menjadi tempat kami bermain semasa kecil.
 Dua hari lepas aku ke rumah bonda dan sambil merayap ke dalam kebun melihat adik lelakiku menebas semak yang mula melingkari anak pokok getah yang di tanam oleh bonda dan abah. Aku dan bonda sempat mencari pucuk paku yang tumbuh liar di dalam kawasan kebun di tepi sungai.
Sebetulnya bonda yang memetik pucuk paku dan aku menunggu berdekatan pokok 'beko' mengambil pucuk beko. Walaupun aku anak kampung tetapi sebenarnya aku takut masuk semak atau hutan. Aku tidak takut atau geli dengan pacat tapi aku amat takut dengan binatang merayap yang lain. Sekiranya aku redah juga semak itu hatiku tidak tenang kerana pemikiranku asyik terbayang binatang yang menjalar itu.
Mata meliar memandang celah-celah pokok dan kaki berat untuk melangkah. Pantang mendengar bunyi geseran bahkan ranting berkeriut sikit aku dah mula menjerit dan mula lintang pukang langkah seribu. Memang aku penakut tapi aku suka 'hunting' masuk hutan. Itupun berteman. Aku takut dan geli sangat dengan binatang ini.
 Kalau setakat pacat aku boleh tahan lagi. Memanglah mula-mula jumpa pacat aku terlompat-lompat, tapi bila benda tu dah siok gigit kaki aku, tunduk ambil daun kayu sehelai tenyeh je pacat tu. Kalau tak di buangnya mau bengkak kaki aku kesan gigitannya. Biarpun sekejap pacat gigit tapi kalau dah dia tertonggeng kat kulit aku memang akan tinggalkan kesan merah. Gatal pula tu kesan tempat gigitannya. Aku ada beberapa petua yang aku belajar dari orang kampungku terutama arwah nenek berkaitan pacat.
Semasa aku bersekolah, bonda aku pernah bekerja menoreh getah. Aku lihat pagi-pagi dia akan spray bahagian luar kasut but yang dipakainya dengan 'Bygon'. Selain itu dia akan ikat kain/ stokin buruk kat kasut but dan spray bahagian tersebut. Cara tersebut pacat tidak akan panjat kasut but itu. Kerana menurutnya air embun yang melekat dekat pokok-pokok kecil akan melunturkan kesan spray 'Bygon' di kasut but tapi di bahagian kain/stokin yang diikat akan tahan lama kerana spray racun serangga itu meresap ke dalam kain tersebut.
Nenek aku pula masa aku kecil dia suka 'songel' tembakau. Air dari tembakau digunakan untuk menanggalakan pacat yang gigit dekat kulitnya. Mudah sangat pacat itu jatuh. Selain itu aku juga lihat ibu saudaraku suka hisap rokok daun bila dia menoreh getah, abu dari putung rokok itu di tenyeh ke arah pacat meliuk pacat itu jatuh sebab kepanasan dengan api putung rokok. Selain itu abu putung rokok juga boleh mengurangkan rasa kegatalan akibat digigit pacat.

Bercerita pasal sepetang di kebun bonda itu aku mengambil 3 jenis sahaja sayuran iaitu:

1) Pucuk Paku
2) Pucuk Beko
3) Pucuk Sayur Manis

 Pucuk Paku
Kesemua sayur ini tiada racun kerana ianya tumbuh semulajadi di atas tanah tanpa baja pun. Pucuk paku boleh dimasak berbagai ikut citarasa. Aku biasa masak simple sahaja, goreng campur belacan, goreng campur kunyit, goreng campur ayam, ikan bilis atau udang. Selain itu buat masak lemak putih, lemak kuning, kerabu, dan yang paling aku suka celur jadikan ulam cicah budu. Selain itu aku kerap juga jadikan ulam mentah cicah budu tapi rasanya agak berlendir.
Pucuk Paku
Pucuk paku di kawasan kampung aku ini suatu masa dahulu sebelum kawasannya yang terletak di tepi jalan diterokai oleh orang kampung jadikan kawasan kebun sayur, kalau kenduri ramai orang datang mencarinya sehinggakan setakat dua tiga guni tu ajak beberapa orang mengutipnya sekejap aje dapat. Sekarang ini tidak ramai orang yang tahu kerana kawasan tersebut telah diterokai oleh 'seseorang' menjadikan ladang sayur miliknya, kawasan untuk mendapatkan pucuk paku semakin susut. Kawasan tepi sungai berdekatan kebun bonda pun tidak sebanyak dulu lagi tapi petang itu dalam masa 20 minit, bonda membawa naik 'sekilik' lebih kurang sepemeluk (Hahaha.. betul tak istilah orang kampung aku guna ni?)... banyak juga tu pucuk paku. Pucuk paku kalau beli dekat pasar seikat RM1.00 tapi petang itu bonda kutip lebih kurang 30 ikat kalau diikat untuk jual. Tapi kami yang tinggal di kampung ini setakat nak makan pucuk paku, pergi aje belakang rumah cari pucuk paku dapatlah sayur percuma untuk hari itu. Tapi bagi orang yang takut pacat dan malas mencari seikat RM1.00 pun dibeli.... termasuk aku juga tu.

Pucuk Beko
Pucuk beko atau sesetengah tempat memanggilnya 'Bonglai' .Pokok bonglai juga dikenali sebagai pokok bolai, bongloi, boli, bikir, kulai, merlai, beka, beko dan lain-lain lagi. Nama botani yang aku tanya pakcik google ialah Oroxylum indicum dari famili Bignoniaceae.
Aku tak nak bercerita pasal khasiat beko ini sebab uols boleh tanya Pakcik Google pasal Beko ini. Tapi aku ingin berkongsi pasal pokok beko di rumah bondaku. Pokok beko dijadikan tiang pagar kebun getah dan mengelilingi kebun buah di rumah bonda. Bukan sekadar dijadikan tiang pagar, disebabkan pokok ini hidup maka akan mendapat hasil daripadanya iaitu pucuknya dijadikan sebahagian ulaman dapur.
Pucuk Beko
Aku paling suka makan pucuk muda sebagai ulam tapi ahli keluargaku yang lain suka makan pucuk yang dicelur. Memang rasanya sedikit pahit tapi lidah aku sudah biasa dengan makanan pahit jadi tiada masalah lagi malahan menjadi penambah selera makan pula.
Buah beko yang panjang , jangan dibiarkan sampai tua nanti nak masak pun tak boleh dah. Buah beko sedap dihiris nipis dijadikan ulam mentah, celur atau dibuat kerabu. Kadang aku celur baru di buat kerabu tapi lebih sedap kalau dibakar sebelum dibuat kerabu. Selain itu buah beko juga boleh dibuat masak lemak atau masak asam.

Pucuk Sayur Manis atau Pucuk Cekur Manis

Aku suka sangat dengan pucuk ini untuk di masak lemak putih. Tetapi hari itu aku masak pucuk ini dengan ubi keledek dicampur ikan bilis. Memang sedap ala-ala sup sayur gitu.
Pucuk Cekak Manis ( Sayur Manis)
Pucuk sayur manis ini sangat sesuai untuk ibu mengandung bagi menambah darah (Untuk kes HB 'Low'). Aku sekali sekala terjumpa sayur ini di pasar tetapi tidak membelinya kerana pokok ini sudah di tanam di rumah.

Itu celoteh aku untuk hari ini. Bersambung lagi dengan cerita merapu yang lain pula. Sekarang sudah masuk zohor. Untuk idea sepanjang ini aku memerlukan masa sehingga dua jam lebih untuk menyiapkannya.
Wassalam.

Wakaka... Otak Berkarat !

Wednesday 5 June 2013

Sama-samalah kita panjatkan doa

Petikan dari Facebook :  Malauazam bermonolog
Nampak tenang pada pandangan.. Belum tentu tenang di dalam.. Si ayah menanti keputusan... Moga ada perubahan... Buat si anak yang dalam perjuangan... Bukan mohon simpati limpahan emas berlori... Cukup juga doa kalian supaya sejahtera segalanya... Semoga anak saudaraku selamat dalam operasi pembedahan di IJN ... untuk si bapa selaku abang kandungku dan isterinya tabah dalam mengharungi apa jua rintangan. Hari ini dia...esok lusa mungkin kita..
Kalau ada di antara kita yg berkelapangan...jenguk lah dia n isteri d kl. Sekurang2 dpt mmberi semngt kpd dia d tmpat org. Tmpat yg mungkin janggal utk dia.
Sian jugak ko dia. Nk gerak pun susah xdok kenderaan. Pah tpt duduk kena jalan kaki pling laju 15 mnit baru sapa. Kdai mkn jauh jugak.sedih jugak nk tgal dia d penginapan yayasan. Situ jah pling murah sewa 


Pakai Jam Tangan Kanan atau Kiri?

Uols pakai jam tangan kanan atau kiri?
Aku pakai jam tangan kanan. Ada maksud ke? Entahlah tapi dari dulu aku pakai jam kat tangan kanan. Aku jadi pening dengan masa kalau pakai jam kat tangan kiri sebab aku akan selak lengan baju kanan aku bila nak tengok jam. Pernah aku pakai jam kat tangan kiri, saja testing tukar , bila masa nak tengok jam aku seperti biasa selak tangan kanan. Uols tahu tak apa yang terjadi?
Hehehe... Kalau di ingatkan peristiwa ini aku mesti tersenyum sorang-sorang.
Lepas tu gabra habis kat manalah aku dah letak jam tu. Berlari ke bilik surau kebetulan waktu zohor masa tu cari jam. Takde jumpa. Aku berlari ke bilik air pula manalah tau tertinggal kat bilik air. Tak jumpa juga. Panik betul aku sebab aku tak boleh hidup tanpa jam.
Lepas tu masa solat zohor pun jadi tak berapa khusyuk dah sebab asyik teringat pasal jam tangan aku yang dah kuanggap hilang tu. Kemudian seusai solat aku pun lipatlah telekung solat sambil angkat tinggi kedua belah tangan gaya melipat kain telekung macam mana? Apalagi terkejut aku bila melihat jam tangan aku kat tangan kiri. Masya Allah... Apa yang aku dah buat ni.. Sejak itu aku jadi takut nak pakai jam kat tangan kiri takut jadi nyanyuk lagi. Nanny oh nanny..!
Jom tengok apa kata Ustaz Azhar Idris pasal jam tangan kanan atau tangan kiri.


Terpulang kepada uols nak pakai tangan kanan atau kiri.

Kasihan Adikku dan Anak kecilnya Aiman Hakim

Minggu ini aku hanya masuk kerja sehari sahaja dan apply cuti seminggu. Mulanya plan hendak ke KL menjenguk anak saudara yang masuk IJN tetapi atas sebab yang tidak dapat diatasi terpaksalah aku menghabiskan masa duduk di rumah sahaja.
Anak saudara sudah 'confirm' masuk IJN petang semalam dan akan berada di wad selama seminggu untuk pemantauan sebelum dilakukan 'operation' jantung. Si kecil yang berumur sebulan lahir dengan selamatnya pada 25 April 2013 pada pukul 10.00 pagi kemudian di sahkan mengalami 'G6PD Deficiency' dan telah ditahan wad kerana 'jaundice' (Penyakit Kuning bayi baru lahir) mungkin berkait dengan kekurangan enzim G6PD. Sila rujuk di sini untuk mengetahui apa itu Kekurangan G6PD. Klik.
Hari pertama kelahiran 25 April 2013
Menurut ibunya, doktor telah membenarkan anaknya di bawa balik selepas pemantauan berkait dengan G6PD dan diminta untuk membawanya kembali ke Hospital untuk diperiksa tahap jaundisnya. Semasa hari pemeriksaan itulah bacaan 'Serum Bilirubin' meningkat tinggi dan perlu di tahan di wad.
Bayi kecil itu telah di letakkan di bawah pemerhatian doktor dan diberi rawatan 'Phototherapy'.
Semasa di bawah pengawasan doktor inilah bayi kecil ini telah dikesan perubahan pada warna bibirnya yang mula kelihatan kebiruan (Sebelum itu bayi adalah normal seperti bayi sihat yang lain). Doktor telah melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut seterusnya keputusan yang didapati menunjukkan bayi ini ada masalah berkaitan jantungnya dan telah merujuk bayi ini ke hospital besar negeri.
Semasa di Unit Rawatan Rapi Bayi
Hasil dari pemeriksaan yang dilakukan oleh Doktor Pakar di sana mengesahkan bayi kecil ini mengalami Masalah Jantung Konginetal dan memerlukan rawatan pembedahan segera. Hampir sebulan menunggu kekosongan di IJN sehinggalah pada 4hb April 2013 barulah bayi ini selamat ke IJN dengan bantuan penerbangan ihsan 'Mercy Flight' dari KL.
Aku rasa amat bersyukur dengan perkembangan terkini bayi berkenaan namun aku masih kebimbangan memikirkan kos yang terpaksa ditanggung oleh ibubapa bayi kecil itu. Duit banyak dihabiskan semasa menyambut kelahiran bayi baru ini dan seterusnya perbelanjaan yang tidak dijangkakan untuk menguruskan keperluan dan bayaran wad serta keperluan lain keluarga.
Di Hospital ini bayi ini dilahirkan
Sebelum itu semasa seminggu pertama sebelum kelahiran bayi ini, bapanya telah membeli sebuah kereta terpakai untuk digunakan bagi memulakan perniagaan. Katanya untuk mencari rezeki yang lebih untuk menyara keluarganya yang semakin bertambah. Dia beria-ria mengeluarkan modal untuk memulakan perniagaan kecilnya meniaga di pasar malam.
 Dia amat gembira semasa menelefon aku memberitahu isterinya telah selamat melahirkan bayi lelaki. Katanya "Syukurlah Allah memberi anak lelaki kali ini juga kerana bolehlah membantunya meniaga." Merujuk kepada kereta yang baru dibeli untuk perniagaan. Namun percaturan yang dilakukan tidak menjadi seperti yang diharapkan. Allah telah mengujinya selepas kelahiran bayi itu.
Duit simpanan habis untuk pusingan modal perniagaan dan anak kecilnya pula perlu rawatan. Dia banyak termenung selepas itu apabila disahkan anak kecilnya mengalami masalah jantung dan perlu pembedahan doktor. Dia kebingungan apabila mendapat tahu kos pembedahan sebanyak RM34,000.00. Di manalah hendak dicekau duit sebanyak itu setelah simpanan yang ada telah habis untuk perbagai hal. Bantuan kewangan dari kaum keluarga juga hanya sekadar cukup untuk menampung perbelanjaan sementara waktu sahaja. Dia tahu kaum keluarganya juga tidak berkemampuan sepertinya.
Dia turun naik pejabat kebajikan dan berjumpa wakil rakyat kawasan membawa salinan fotostat pengesahan doktor berkaitan penyakit anaknya. Janji dibuat oleh pihak berkenaan meringankan beban kepalanya. Pihak kebajikan menunaikan janji dan dengan bantuan dari kebajikan itu beberapa perkara berkait dengan bayaran wad dan tanggungan pampers anak untuk waktu ini dapat diselesaikan. Akhirnya dia kebingungan lagi apabila duit poket sendiri kekeringan kerana semenjak kelahiran anaknya dia tidak berkerja dan baginya tiada kerja maka tiadalah duit poketnya.
Janji wakil rakyat kawasan hanya sekadar janji seperti semasa pilihan raya sahaja. Apabila diajukan perkara ini kepadanya bagaimana bantuan dari wakil rakyat sanjungannya, dia mendegus marah dan katanya " Kalau aku tahu macam ni , sumpah aku tak undi dia..."
Kos pembedahan sebanyak RM35K dibiayai kerajaan. Syukurlah Allah memberinya jalan dan bantuan-Nya. Namun dia juga perlu memikirkan kos perbelanjaan untuk bayaran wad dan lain-lain lagi. Dua anak lelakinya telah ditinggalkan bersama orang tuanya di kampung sekurangnya dia tidak perlu memikirkan masalah susu dan pampers untuk anak lelakinya itu.
Semalam semasa aku berbicara telefon dengannya dia memberitahu dia terpaksa menyewa bilik tamu di IJN yang berharga RM50.00 semalaman. Dalam keadaan sekarang kos sebanyak RM50.00 semalaman itu amat tinggi nilainya. Aku sebagai kakaknya hanya mampu memujuk dia bersabar. Dia bercerita lagi, " Aku, kalau boleh nak tidur di kaki lima sahaja sebab jaga kat IJN gitau kos paling murah ialah bentang tikar tidur kat kaki lima, tetapi bini aku masih dalam pantang mana boleh tidur kat tempat sebegitu."
Anak kecilnya ditempatkan di wad rawatan rapi dan tidak sedarkan diri.  Sekiranya anaknya berada di wad biasa isterinya mungkin boleh tidur berdekatan katil anaknya.
Aku juga berpesan kepadanya makan berhati-hati dan berpada-pada, kerana kos makan di KL tidak sama seperti di kampung. Dia beritahu hanya makan sekali sehari. Berjimat kerana duit poket makin susut.
Dia ke KL pun hari tu dengan menumpang adik lelaki yang balik ke Melaka kerana anak dan isterinya menaiki 'Mercy Flight'.
Walaupun adik lelakiku yang mengalami masalah ini tetapi sebagai kakaknya aku turut sama kebimbangan memikirkan kos yang masih banyak diperlukan untuk bayaran wad selama sebulan selepas ini, kos rawatan dan ubatan, kos makanan dan kos perbelanjaan lain. Aku tidak pasti adakah caraku ini betul atau tidak apabila meminta adikku kembali ke kampung dan membiarkan isterinya sahaja yang menguruskan perihal anak kecilnya itu dengan bantuan doktor dan kakitangan lain, kerana adikku itu perlu bekerja untuk mencari wang bagi menyelesaikan masalah kewangan yang dialami sekarang. Berdoa agar Allah melebarkan jalan rezeki untuknya.
Demi anaknya juga, adikku bercadang menjual motorsikal yang dimilikkinya serta sebuah kereta Wira yang menjadi kesayangannya. Apabila kuajukan pertanyaan kepadanya, jawapannya ialah: " Aku tak tahu nak fikir cara lain lagi long. Itu sahaja harta yang aku ada. Tapi aku terpaksa demi merawat anakku. In sha Allah, rezeki akan diberi-Nya lagi selepas ini."
"Kalau kau jual kereta dengan motor tu, nanti kau nak bergerak dengan apa?"
"Duit aku dah habis long. Aku beli kereta yang satu lagi tu nak meniaga tapi aku tak sangka perkara ini akan terjadi. Aku nak meniaga tapi modal untuk beli barang dah habis untuk belanja dan bayaran hospital."
"Ok, nanti aku cuba iklankan dekat internet kau nak jual motor dengan kereta tu."
Aku tahu keluargaku tidak mampu dari segi kewangan untuk membantu adikku ini tapi bantuan kecil yang kami hulurkan sekurangnya membantu meringakan beban mentalnya dengan sokongan moral dan kesabarannya semoga Allah memberkatinya.






Tuesday 4 June 2013

Aku dan Gadget

Petang ni sementara menunggu azan asar, berceloteh kat sini jap. Masa cuci pinggan tadi macam-macam hal datang lam kepala. Semua berkait dengan blog. Nak kongsi itu. Nak kongsi ini. Tapi akhirnya bila mengadap komputer hilang plak idea-idea bernas tadi.
Aku teringin nak belajar semula pasal Photoshop. Dulu sekitar tahun 2008 aku ada belajar pasal photoshop tapi sekarang ni sebab dah lama tak guna aku dah lupa step asasnya. Langsung tak reti nak 'bikin' sendiri foto guna photshop. Aku juga teringin belajar fotografi tetapi masalahnya aku tiada kamera hanya sekadar menggunakan kamera telefon  Samsung Galaxy Note 2 milikku aje bila tangkap gambar. Tapi sebab memang aku amtur dan masih tak reti nak shoot bagi cantik sebab tak belajar dengan orang yang lebih pandai maka semua foto yang aku ambil langsung tidak menarik.
Aku beli telefon ni pun sebab tertarik dengan fungsi yang ditunjukkan iklan kat TV tapi bila dah ada dalam genggaman aku tak dapat menggunakan fungsi yang ada dengan sepenuhnya. Lagi satu aku hanya pegang telefon ini selepas waktu kerja kerana aku tidak selesa menggunakan telefon sebesar ini semasa di tempat kerja.

Aku lebih selesa mengguna Nokia ini.. sempoi walaupun dengan kamera 0.3mp je. Jaaadiiilaaaah....!!!
Nokia apa erk...? Lupa series apa?
 Ini pula telefon yang aku guna untuk urusan kerja. Samsung Galaxy Advance... Beli dengan duit poket sendiri dengan harga RM1098.00 campur dengan harga telefon Nokia yang kat atas tu.
Samsung Galaxy Advance-S
 Telefon S. G advance ini beli di Melaka tahun lepas 2012, bulan berapa aku dah lupa. Sekarang ini disebabkan pernah ada 'history of fall' maka telefon ini kadang-kadang buat ragam. Kerap hang. Tapi aku rasa telefon ni masuk virus kot? Sebab kerap upload atau download guna USB ngn PC yang banyak virus. Aku suka juga telefon ni sebab aku boleh melayari internet, FB, chat, wassapp, baca email dan blogging juga. Ia touch screen dan senang untuk guna slide-slide je makcik tarik-tarik hujung jari je.... Ada camera 5.0 Megapixels, LED Flash. Video dan 2nd Camera 1.3MP. Banyak juga software aku install kat telefon ini dan ianya amat berfungsi untuk aku. Bukan setakat nak ber facebook atau ber'Wassapp' dengan kengkawan malahan banyak fungsi lain lagi. Instagram, Skype, Twitter, dan banyak lagilah.

Ini pula Laptop yang tengah aku guna sekarang Acer Aspire lM core i5.

Ini pula laptop yang menggantikan laptop HP lama aku. Laptop HP lama masih boleh digunakan tapi ada masalah dengan heating temperature. Guna lama sikit ia akan shutdown dengan sendiri. Semenjak aku guna laptop Acer Aspire lM core i5 ni yang aku beli pada April 2013 di Kuantan, aku rasa ok tapi kena membiasakan diri dengan Windows 8 plak. Tetapi disebabkan aku dah biasa dengan Ipad lebih kurang sahaja functionnya. Bolehlah merangkak-rangkak belajar gunanya.
Apple Ipad 2
Apple Ipad ini dibeli 2 tahun lepas. Walaupun dah ada Ipad series terbaru tapi aku tidak berminat untuk membeli yang baru kerana Ipad ini pun sebenarnya aku jarang guna tetapi Puteri yang kerap menggunanya. Lihatlah puteri sexy yang leka dengan Games di Ipad
Apple Ipad 2 ini jarang-jarang aku guna sebab si cilik sexy ini suka menggunakannya untuk main 'Games' yang seratus lebih di install kat dalamnya.

Apple Ipad 2
Dengan kesemua gadget yang aku milikki ini maka hariku sempurna untuk surf internet. Selain itu aku juga ada Tab Android buatan China yang dibeli dengan harga RM399.00. Tapi beberapa hari ini tidak dapat diguna disebabkan chargernya rosak gara-gara terjatuh. Battery plak kong sebab musim cuti sekolah puteri selalu mengerjakannya.

Itu sahaja cerita merapu petang ini.

Cuti hujung minggu

 Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...