Thursday 6 February 2014

Nurse ? Jururawat ?

Sekarang ni aku banyak juga membaca perihal berkaitan kerjayaku. Ada yang positif dan ada juga yang meruntum jiwaku. Aku cuba membaca dan memahami dengan teliti. Cuba mengaitkan sesuatu kejadian dengan kenyataan dan aku tidak nafikan segala yang dilaporkan. Aku tidak mahu menuduh atau mengadili siapa yang betul dan siapa yang salah kerana bagi ku itu adalah hak peribadi individu tersebut untuk membicarakannya.
Aku kerja nurse. Baru lagi dalam 14 tahun lepas dan tahun 2014 ini dah masuk 15 tahun perkhidmatanku.Kerja mkn gaji nk cari duit lebih utk diri sendiri. Org kutuk kerja aku tp aku 'cool' je sbb bg ku mungkin Allah uji aku dgn cabaran sebegitu. Bila oncall tak cukup tidur bahkan anak-anakku juga pernah beberapa kali tak pergi sekolah sebab pukul 7.30pg mama dia orang masih kat tempat keja n papa plak outstation. Kunci rumah lam keta mama. Apa pun aku redha dan mencuba seikhlas mungkin dgn tggjwb dan amanah ini. Ada yg ckp gaji aku di bayar dengan duit cukai mereka. Aku faham sebab aku juga bayar cukai sebab tu aku tidak layak terima BR1M. Teringat kes orang kg aku yg marah sbb anak dia tidak termasuk lam senarai layak terima bakul. Maki aku sbb kononnya aku dengki anak dia. Aku dh bg penerangan kategori kelayakan. Yalah dia tahan keta aku pun dgn Hilux pastu baju kurung batik rega rm380 
(dia sendiri ckp)... sedangkan bagiku ada org lain lagi yg lebih memerlukan. Itupun aku dah bincang dengan ketua aku. Pastu ckp "Setakat gaji nurse sebulan aku keja 3 hari je boleh byr..." 
Terkedu aku sbb gaji aku pun diungkitnya. Klu ikutkan hati nk je aku maki hamun dia balik. Yalah gaji aku tak dibyr 3 hari sekali tp bulanan. Tp aku minta maaf dgn dia tp dia tetap ckp aku berlagak.
Masuk kg keluar kg dan masuk hutan, lawatan ke rumah kg org asli. Dan macam2 xtvt yg menyeronokkan jd nurse wpun kdg2 pahit utk dikenang. Dulu suami aku pernah syorkan aku berhenti kerja sbb dia mampu bg melebihi gaji sebulan aku tp kini dia fhm tugas dan minat aku sbg nurse wpun mlm2 tido dlm pelukannya ada call org sakit kul 2@3pg aku tetap bangun tinggalkan dia dan dia tunggu aku kt dpn umah bila aku balik. Mungkin ada yg tak suka aku atas attitude aku sbg individual bkn sbg nurse. Namun aku bahagia walaupun bukan giliran aku oncall dan pukul 1.00pg ada ibu mengandung tel sekadar nk tanya bleh tak mkn ubat panadol sakit kepala. Aku xde lah nk maki hamun ganggu tdo aku. Yalah masa tu aku tak oncall pun tapi aku tetap jawab dengan baik. Tenang hati aku bila dia orang cakap terima kasih misi. Maaf menganggu misi tidur.

Aku juga ada terima panggilan telefon dari lelaki yang sedikit nakal bagiku tanya ...
" Ini misi Nora ke?"
" Ya saya encik. Boleh saya bantu..."
"Misi dah tidur ke? Maaf kacau misi tidur..."
"Ya encik, apa yang saya boleh tolong. Isteri encik nak bersalin ke?"
" Taklah. Saya nak berbual aje dengan misi..."
Aku jeling jam kat telefon. Pukul 1.45pg. Apa perasaan korang kalau terima panggilan sebegini waktu ini. 
Nak maki hamun jugak sebab ganggu waktu tidur. Yalah macam tak faham waktu ni masa tidur. Nak rehat. Aku tak berani nak buat sebegitu sebab aku nak juga jaga nama baik aku, kerjaya aku.
Wpun kini aku sambung belajar pskt2 masih lg menelefon bertanya khabar dan meminta nasihat berkaitan anak dan ibu mengandung. Malahan orang-orang Asli perkampungan yang aku jaga dulu masih menelefon aku meminta bantuan aku untuk menelefon aku meminta nasihat nak pergi ke klinik. Bercerita pasal mereka membuat aku teringin nak berkongsi cerita aku dengan korang. Bagi aku mereka istimewa walaupun ada yang cakap pelik. Aku juga ada nama glamour yang di beri oleh mereka iaitu KULU. Aku ada juga bertanya apa maksud Kulu tapi dia hanya beritahu itu namalah...
Bila melibatkan mereka banyak benda baru yang kita perlu belajar. Mula-mula jumpa dulu aku was-was juga takut mereka tak boleh terima aku tapi setelah beberapa ketika aku rasakan bukanlah sukar untuk memahami mereka. Jangan buat apa yang mereka tidak suka. Berhati-hati di dalam berbicara sebab kadang-kadang mereka mudah terasa. Ada yang di simpan nasihat kita dan ada yang sukar untuk kita fahami mereka. Jika ada masalah boleh jumpa dengan Tok Batin tanya pendapat. Tapi Tok Batin jawapan yang aku biasa terima. ... 
"Boleh aja misi..."
Aku teringat peristiwa 24 Dis 2012 aku masuk ke perkampungan mereka pukul 10.00 pagi. Masa tu musim hujan. Masa aku masuk kenderaan pancuan 4 roda yang dipandu oleh pemandu Klinik sudah sangkut dalam selut lumpur kat jalan nak masuk ke kampung itu. Hampir setengah jam juga berjaya keluar dari jalan itu. Lepas tu kami terus pergi ke rumah ibu mengandung kembar darah tinggi. Di sini sesi pujuk memujuk untuk membawa ibu keluar aku rasakan amat sukar. Puas memujuk melarat sehingga pukul 12.00 tengahari. Tiba-tiba datang seorang pemuda kampung beritahu jalan keluar sudah dinaiki air. Kebetulan sepanjang di rumah ibu hamil itu hujan turun dengan selebat-lebatnya.
Akhirnya aku hulurkan duit untuk kali kedua barulah dia bersetuju untuk keluar. Aku bawak dia keluar tapi jalan kami sudah dinaiki air. Apa lagi panik juga dibuat. Aku tak sanggup bermalam di situ walaupun perkampungan itu tidak ditenggelami banjir. Macam-macam planner dalam kepala aku. Aku berbincang dengan 2 orang lagi teman termasuk driver, aku beritahu ketua aku. Dan bantuan akan di hantar. Akhirnya pukul 4.30 petang bantuan dari JPAM tiba. Berhempas pulas menaiki bot melintasi kawasan banjir berjalan kaki pula kerana jambatan yang menghubungkan jalan kampung itu rosak dan runtuh. Baju aku dah tukar kaler merah. Bersama kawan-kawan JPAM yang sangat dedikasi ibu dapat dikeluarkan dengan selamat sekitar pukul 7.15malam. Selepas itu ada orang kampung pula beritahu ada pokok tumbang. Mengurut dada yang kesejukan. Memandang staff JPAM dan teman-teman sepejabat aku yang gotong royong cuba membaiki jalan tanah runtuh namun akhirnya kenderaan JPAM terpaksa di tinggalkan di situ juga. Malam yang sunyi itu aku tiba di klinik sekitar pukul 8.30malam. Aku hubungi doktor dan ibu hamil di rujuk ke hospital. Aku balik dari hospital sekitar pukul 10.30mlm dan 11.00mlm aku sudah berada di dapur rumahku menjerang air panas mengisi perut yang ke kosongan. Bila mengenang peristiwa ini kurasakan pahit untuk ditelan tetapi bila di kenang kembali seakan memberi satu pengalaman manis yang amat berguna untukku. Aku belajar mengurus dan bersabar. Perut kosong selepas pukul 10.00 pagi hingga pukul 10.30 mlm... korang boleh tahan ? Tapi sebab hujan takde lah terasa lapar sangat. Allah menguji kesabaranku dan aku syukur kerana aku dan teman-temanku (Kami bertiga sebenarnya) berjaya mengharungi cabaran ala-ala Camel Throphy gitu. Ibu hamil yang aku bawa keluar itu akhirnya di bedah 2 hari selepas itu dengan usia kandungan 32 minggu dan Alhamdullillah ibu bersama kedua2 bayinya selamat.
Kerjayaku ini menuntut pelbagai cabaran. Melawat rumah dalam kawasan adalah rutin. Awak orang Malaysia ke, awak warga asing ke layanan tetap sama. Namun ikhlas aku katakan dari hati kadang-kadang aku rasa takut juga bila melibatkan lawatan ke rumah ibu warga asing yang tinggal jauh dari kawasan kampung dan tinggal di pinggir hutan bahkan ada yang tinggal di dalam hutan. Demi tuntutan tugas aku harungi juga. Biasanya kes yang jauh aku akan pergi dengan kawan dan seorang pemandu klinik. Kalau setakat pacat gigit kaki dan masuk dalam setokin itu dah pernah aku alami. Mula-mula tu terloncat-loncat kegelian tapi lama-lama pacat dah bleh gentel dengan tangan.
Aku dan teman sudah lalui bermacam-macam ragam dan tempat yang aku rasakan orang lain tak boleh sampai tapi kami dah sampai dengan uniform. Rakit sungai yang beralun dengan arus deras seronok pula menitinya. Mula-mula gayat semacam sampaikan rasa nak merangkak di atas rakit tersebut tapi seronok pula bergambar menggunakan telefon.
Bercerita mengenai telefon ini, kami banyak guna kredit sendiri untuk panggilan berkaitan kerja. Nak berkira ke... itu sepatutnya sebab melibatkan hal pesakit tapi kalau dah emergency kredit telefon sendiri melayang aku dah tak kisah asalkan pesakit aku selamat.
Aku pernah berdepan kes ibu mengandung sawan tahun 2011. Aku sangat kasihan melihat keadaan ibu yang sedang tersentak-sentak. Aku menangis sambil merawatnya di dalam ambulans ke hospital. Ini kes pertamaku dan aku berdoa semoga itu kes terakhir seumur hidupku bekerja sebagai seorang jururawat. 
Itu cerita kerja klinik. Aku juga berpengalam kerja Hospital selama 6 tahun. Aku rasakan kerja syif ini teruk. Walaupun orang cakap dahnya awak yang pilih kerjaya ini awak kenalah ikut arahan kerja. Betul tu. tapi sekiranya di beri pilihan aku rela kerja klinik seumur hidupku. Kini aku telah memilihnya.
Aku pernah kerja wad bersalin, wad kanak-kanak dan wad bayi. Pengalaman dan situasi yang berbeza untuk suasana itu. Bekerja di hari raya adalah perkara biasa. Keadaan ini juga mengheret keluarga aku sama tidak beraya sebab aku bekerja di hari raya. Ialah kampung jauh. Suami dan anak-anak tak akan balik beraya di kampung tanpa aku. Aku juga pernah berkerja selama 15 hari nonstop disebabkan masalah kekurangan staf pada masa itu. Merintih ? Meraung ? itu bukan aku. Aku paling suka bila hari jururawat ada bekas pesakit kirim bunga dengan kad ucapan ..." Selamat Hari Jururawat Untuk Nurse Nora yang cantik...". Kembang hidung pesek aku bila terima hadiah tu.
Cerita kerja shif malam, bergerak dari satu katil ke katil pesakit memeriksa mereka. Aku senang bila di sapa " Nurse tak mengantuk ke? Saya tengok dah dua malam awak tak tidur pun buat kerja..."
Masa meronda katil pesakit ni kadang-kadang aku rasa terharu bila ada pesakit yang menunggu kedatanganku semata-mata mahu meminta bantuanku menemaninya ke bilik air. Aku rela menunggu mereka di depan pintu bilik tandas tanpa pintu di kunci sebab pesakit terutama yang muda2 (Aku jaga wad bersalin ler) ni penakut sikit di tempat baru. Walhal aku pun penakut juga sebab aku adalah juga minta mereka plak tunggu aku yang take turn masuk tandas. Adillah tu...
Aku juga pernah balik ke rumah dengan baju uniform berlumuran darah kerana membantu memeluk ibu lepas bersalin pengsan semasa bangun dari katil. Dari baju hingga seluar terkena darah. Sebab tu kadang-kadang aku kena bawak baju spare peringatan untuk kes sebegini. Aku juga rasa syahdu bila ada ibu yang minta aku temaninya ke bilik air untuk ambil wuduk. 
"Misi, saya nak doakan awak semoga sihat dan cepat naik pangkat ya..."
tapi aku jawab...Janganlah doa gitu. Doa sihat saya terima. Kalau awak doa Allah kuatkan semangat saya menolong orang yang memerlukan saya hargainya."
Bila di kenang semula kerja hospital aku jadi rindu juga nak kerja shif. Pengalaman aku dulu-dulu mengandung sampai due pun aku masih kerja malam. Dulu night ration 10 biji telur untuk 3 malam. Telur yang dapat buat kek. Pastu telur naik harga tukar kepada oren dan kadang-kadang limau. Ada jugalah dapat milo peket. Masa kerja malam memang mudah lapar sebab berjaga. Masa tu seingat aku telefon ke kedai 'restoran' order makanan. Pastu pekerja kedai yang akan hantar makanan untuk kami. 
Bulan posa berbuka dan bersahur masa kerja dah biasa. Kadang-kadang kalau wad sibuk dan ada plak emergency, hingga habis shift pun belum dapat berbuka. tapi tak adalah sampai nak maki orang. Bersahur kalau dapat segelas air kosong pun dah okey. Kalau jaga bahagian ibu mengandung best juga sebab ibu-ibu yang mengandung ni sihat dan hanya menunggu untuk bersalin je. Berbuka dan bersahur bersama ibu2 bagaikan satu keluarga itu dah biasa aku lalui. Aku jadi rindu saat itu.
Masa kerja dulu aku paling takut kalau sister (ketua jururawat) ada bersamaku. Bukan aku buat salah pun tapi aku rasa kekok sangat bila dia ada di wad masa tu. Bunyi tapak kaki dia orang pun aku dah rasa tak selesa nak buat kerja. yang peliknya pesakit aku yang beritahu ... Misi..misi... sister awak datang tu... bebisik plak diberitahunya. Aku tak tahu kenapa jadi begitu. Bukan mereka tak baik denganku bahkan mereka amat mesra denganku tapi persepsi aku dah tertanam lam kepala cam tu. AKu pun tak tau kenapa.
Sekiranya bekerja di hospital hubungan pesakit dengan staf mungkin berbeza sebab pesakit yang masuk wad belum tentu dia kan datang semula jumpa kita. Tetapi kerja klinik contohnya seperti aku selagi ibu itu mengandung dan anak aku akan tetap berhubungan dengan mereka. Aku seronok berkongsi ilmu dan menjawab pertanyaan ibu-ibu. Sekiranya aku tidak dapat menjawabnya aku akan merujuk ketuaku dan doktor. 
Semasa aku bekerja di unit kecemasan sebuah klinik di Mentakab, pelbagai situasi yang menuntut kesabaran aku tempuhi. Bagaimana suasana unit kecemasan itulah yang aku alami. Kes kecemasan dan yang tidak mencemaskan sememangnya menuntut kecemasan. Kadang-kadang aku terpaksa menahan sebak dan menangis di tandas sebab aku mudah tersentuh hati terutama bila keluarga mereka datang menangis-menangis membawa jasad yang sudah kaku. Walaupun cuba menenangkan hati mereka tapi hatiku sendiri tidak tenang sebab empati itu lebih ketara.
Aku suka lakukan cuci luka untuk pesakit-pesakit luar seperti pesakit kencing manis. Berkenalan dengan mereka dan bersembang kadang-kadang hubungan itu erat sehingga luar waktu kerja. maksudku di luar mereka masih ramah menegurku walaupun aku tidak beruniform. "Orang berbudi kita berbahasa"
Kalau nak bercerita pasal kerja aku banyak lagi yang aku nak bercerita. Tapi aku tulis panjang-panjang karang ada yang boring plak.
Aku juga melibatkan diri dlm JPAM. Wpun aku dh kerja tp aku rasa byk yg aku belajar bila bersama JPAM. Utk ank2 muda yg tidak berkerja dan berumur 18thn 1 hari boleh lah menyertai JPAM. Belajar tolong org, belajar berkawan dan byk benda baru yg kita belajar di sini. Tapi semuanya utk kepuasan diri sendiri. Itu aje pengalaman yg aku nk share.

Cuti hujung minggu

 Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...