Jangan Marah Sayang

Aku dan Blogging
Aku memang suka sangat ber'blogging' . Pantang ada line internet dan laptop aku rela bersengkang mata semata-mata menompang dagu dan mengetuk keyboard laptop. Hobi aku ini sudah lama semenjak tahun 2007 lagi.
Blog pertama aku ialah : Tyra Iskina Cintaku.  Blog ini berkisar cerita tentang aku dan puteri kecilku yang comel. Namun pada satu masa itu aku telah terlupa password blogspot ini maka ia terhenti seketika apabila aku menukar kaptop baru.
Seterusnya blog kedua aku ialah : Katakan Cinta Itu. Blog ini berkisar mengenai diariku dan hobi aku yang suka membaca dan menulis. Aku cuba berkarya di sini tapi terbantut juga pabila sekali lagi aku terlupa passwordnya.
Blog ketiga ialah : Me, Myself And Memories. Lawak lagi sebab aku tak boleh nak sign in ke blog ini sehingga sekarang. Kenapa ya?
Selain itu aku juga ada blog berkaitan tanaman iaitu Laman Tyra Iskina, Blog berkaitan dunia masakan iaitu Dapur Tyra Iskina serta blog yang kuhasilkan untuk anak lelakiku iaitu Boboy Arumi.
Seterusnya suatu petang aku memandang barang-barang Giffarine yang aku guna dan terdetik dihatiku untuk berkongsi dengan orang lain berkaitan dengan penggunaan produk Giffarine maka terhasillah blog Sesekali Aku Bercanda.
Blog .missy vs missing pula terhasil apabila aku rasa aku perlu blog link senang untuk diingati iaitu :
http://aronkin2013.blogspot.com
Kesemua blog aku ini amat simple sebab aku hanya reti menulis tapi tidak reti untuk mereka cipta template yang canggih. Ada beberapa blog yang aku berkongsi dengan orang lain iaitu Sesekali Aku Bercanda kerana ianya telah bertukar fungsi dari blog suka-suka kepada blog bisnes online. Aku terima je seadanya. Terima kasih untuk adik-adikku Wawi, Malauazam dan Zakuan sebab ajar aku komputer dan berblogging.


No comments:

Post a Comment

Cuti hujung minggu

 Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...