Hari ini sudah 12hb Oktober 2013, hari Sabtu masa yang sesuai untuk berehat. Seawal 5.40 pagi bangkit dari tidur dan bersolat subuh kemudian mencuci pakaian, sempat menjenguk nasi dalam periuk yang sengaja di masak lebih malam tadi. Sementara menunggu kainan siap di mesin aku memotong bawang dan sayur sawi. Dalam mindaku hari ini, aku nak masak nasi goreng untuk keluargaku.
Encik abe datang menjenguk di dapur dan bertanya adakah aku hendak ke pasar pagi Sabtu di Guchil. Aku teringat beberapa barang yang perlu aku beli sempena raya yang sudah dekat. Mujurlah pakaian untuk keluarga telah awal-awal aku beli tidaklah aku perlu bekerja ke pasar raya untuk beli baju raya keluargaku.
Sambil mengupas bawang otakku ligat berfikir 'planner' sepanjang hari ini. Semalam aku merancang untuk berehat sahaja di rumah. Tetapi apabila diajak ke pasar pagi yang sudah lama aku tidak kunjungi, maka aku terus bersetuju...
pukul 7.58 pagi waktu ini akan bersambung selepas balik pasar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rezeki Yang Berkat Dari Kerja Yang Berkat
Ini adalah ruang kerja aku yang ke 8 setelah 27 tahun berkhidmat. Sebelum ini jarang tangkap gambar ruang kerja tapi kali ini terasa ingin ...
-
Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...
-
Petua Hilangkan Batuk Berkahak Dan Gatal Tekak Dengan Bawang Putih Cara-caranya : ▪️1. Satu labu atau dua labu bawang putih bersama kulit...
-
Cerita 1hb Julai 2023. Bukan mencarut dan bukan mengarut. Lepas kes anak sedara yang jatuh sampai berjahit kepala masa berkelah di Raffles...
No comments:
Post a Comment