
Kulit manggis memiliki bnayak khasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Kandunagan antioksidan di dalam kulit manggis sangat tinggi. Oleh sebab itu kulit manggis banyak dimanafaatkan untuk mengubati pelbagai penyakit. Sekarang ini, jus kulit manggis juga sudah berada di pasaran bersama produk lain dengan pelbagai jenama dan harganya.
Di sini saya akan kongsikan cara-cara untuk membuat sendiri jus kulit manggis di rumah :
- Ambil beberapa biji buah manggis. Ianya lebih baik sekiranya di campur dengan epal, anggur dan beberapa kuntum bunga rosella segar.
- Kupas kulit manggis dan sagat bahagian dalam kulitnya yang berwarna merah, Elak dari terkena bahagian hitam kulit manggis (kulit luar) dan jangan sampai terkena getahnya kerana ia akan menyebabkan jus manggis menjadi pahit.
- Kemudian blender bahan tadi serta bahan lain. Isi buahnya juga bolej dimasukan atau kita makan sahaja. Seeloknya guna madu sebagai pemanisnya,
- Bila siap sedia untuk disajikan. Jus ini lebih elok diminum selepas makan.

No comments:
Post a Comment