Friday 19 September 2014

Imunisasi Hib

IMUNISASI Hib
(Haemophilus influenzae type b)

Apa itu Hib

Hib adalah singkatan untuk Haemophilus influenzae type b, sejenis bakteria yang menyebabkan jangkitan teruk seperti:

  • Radang selaput otak (Meningitis) - jangkitan pada selaput otak dan saraf tunjang

  • Radang paru-paru (Pneuminia) - jangkitan pada paru-paru

  • Radang epiglotis (kerongkong) - jangkitan pada epiglotis

  • Keracunan darah (Septicaemia) -jangkitan darah

  • Radang sendi - jangkitan pada sendi.

Penyakit Hib , jangkitan HIV dan Hepatitis B BUKAN satu penyakit yang sama. Vaksin pencegah Hepatitis B adalah vaksin Hepatitis B manakala vaksin penyakit Hib adalah vaksin Hib.


Mengapa penyakit Hib berbahaya?

  • Mudah berjangkit terutama di kalangan kanak-kanak.
  • Mudah merebak.
  • Biasanya menyebabkan penyakit yang teruk atau membawa maut.

Jangkitan Hib pada selaput otak boleh mengakibatkan kecacatan otak yang kekal.

Siapa yang boleh dijangkiti penyakit ini?

  • Penyakit Hib kerap berlaku dikalangan kanak-kanak bawah umur 5 tahun. Risiko jangkitan adalah paling tinggi di kalangan kanak-kanak berumur di bawah 1 tahun.

  • Pergaulan rapat dengan kanak-kanak yang dijangkiti Hib meningkatkan risiko mendapat penyakit Hib.

  • Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya akan mendapat perlindungan daripada penyakit Hib, namun begiti , imunisasi masih diperlukan untuk mendapat perlindungan maksima.

Bagaimana penyakit Hib merebak?

  • Penyakit Hib boleh merebak apabila orang yang dijangkiti batuk atau bersin.
  • Boleh juga merebak melalui perkongsian barang mainan yang dimasukkan ke dalam mulut

Bagaimana penyakit Hib boleh dicegah?

  • Penyakit Hib boleh dicegah melalui imunisasi Hib.
  • Imunisasi Hib tidak dapat melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit yang disebabkan oleh bakteria/virus yang lain. Kanak-kanak mungkin boleh mendapat lain jenis jenis jangkitan radang paru-paru, radang selaput otak atau selsema.

Bila imunisasi Hib diberi?

  • Semua bayi berumur 2, 3 dan 5 bulan perlu diberi imunisasi Hib.
  • Imunisasi Hib diberi sebanyak 3 dos.


Umur : 2 bulan , 3 bulan , 5 bulan

Dos : Dos 1 , Dos 2, Dos 3



Bagaimana imunisasi Hib diberi?

  • Imunisasi Hib diberikan secara suntikan di bahagian otot paha.
  • Imunisasi ini diberikan dalam satu suntikan bersama imunisasi Difteria, Pertussis dan Tetanus (DPT).
  • Juga boleh diberikan bersama imunisasi lain seperti imunisasi Hepatitis B.

Apakah kesan sampingan imunisasi Hib?

  • Imunisasi Hib adalah SELAMAT.
  • Kesan sampingan yang berlaku biasanya ringan dan tidak berbahaya berbanding jika mendapat penyakit Hib atau komplikasinya.
  • Walaubagaimanapun , sakit, bengkak dan kemerahan boleh berlaku di tempat suntikan. Ini selalunya berlaku dari 1 hingga 3 hari selepas imunisasi.
  • Kadangkala, kanak-kanak boleh juga mendapat demam untuk masa yang singkat selepas imunisasi.

Dapatkan imunisasi yang lengkap untuk anak anda mengikut JADUAL.



Sumber:

Pamplet yang diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Cuti hujung minggu

 Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...