Monday 22 September 2014

KANSER SERVIKS

Kanser serviks merupakan kanser yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Kejadiannya semakin meningkat setiap tahun. Jika tidak dikesan dan dirawat awal ia boleh membawa maut.
Kedudukan Serviks
APa Itu Kanser Serviks
Serviks adalah pangkal rahim. Rahim merupakan bahagian dalam badan wanita di mana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.
Dalam kanser serviks, sel-sel di serviks bertindak secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu benjolan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel kanser ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda. Kanser serviks mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum ia berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel permukaan serviks. Ini disebut peringkat pra kanser.


Apakah Faktor Risiko Kanser Serviks?
  • Tabiat seks -> memulakan perhubungan seks pada usia awal sebelum usia 18 tahun atau mempunyai pasangan seks yang ramai.
  • Agen jangkitan -> terdapat bukti yang mengaitkan kanser serviks dengan jangkitan virus human papilloma.
  • Sejarah jangkitan penyakit kelamin.
  • Kebersihan diri yang tidak memuaskan.
  • Menghisap tembakau / merokok.
Apakah Tanda-tanda Gejala Kanser Serviks
  • Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
  • Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
  • Pendarahan dari faraj antara haid 
  • Pendarahan dari faraj selepas putus haid
  • Pendarahan dari faraj selepas perhubungan seks.

JIKA YA ...
     SEGERALAH BERJUMPA DOKTOR

Bagaimana Mengesannya?
  1. Melakukan Ujian PAP Smear
  2. Prosedur KOLPOSKOPI -> Sejenis mikroskop khas digunakan untuk melihat dinding serviks secara langsung.
  3. Prosedur BIOPSI -> Pengambilan sedikit tisu serviks untuk pemeriksaan makmal.
Apa Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Melindungi Diri Anda Dari kanser Serviks?
Oleh kerana wanita yang aktif seks boleh mendapat kanser serviks, adalah penting untuk mengesannya awal-awal lagi. Ini boleh dilakukan melalui Ujian Pap Smear. Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan kesakitan. Ujian ini boleh mengesan kanser serviks pada peringkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Bagaimana Ujian PAP Smear Dilakukan?
Pemeriksaan dalaman dilakukan menggunakan spekulum yang dimasukkan ke dalam faraj.
Sel-sel permukaan serviks diambil menggunakan spatula .Sel-sel diambil secara berhati-hati dari permukaan serviks dan diletakkan di atas slaid kaca seterusnya di hantar ke makmal dan dihantar ke makmal untuk diproses untuk pemeriksaan mikroskopik.


Apakah Keputusan Yang AKan Diperolehi?
Bagi kebanyakan wanita, sel-sel ini adalah normal sepenuhnya.
Pada setengah wanita sel-sel ini mungkin tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal kanser. Apabila ini terjadi, ujian berkenaan diulangi dan jika perlu pemeriksaan seterusnya dilakukan.

Apakah Tindakan Susulan Yang Akan Diambil?
Jika terdapat sebarang keluarbiasaan, seseorang itu akan dirawat atau dirujuk untuk penyiasatan selanjutnya.

Dimanakah Ujian PAP Smear Boleh Didapati?
Ujian ini boleh didapati di:
  • Hospital / Klinik Kesihatan Kerajaan
  • Klinik Perancang Keluarga
  • Hospital / Klinik Swasta

Siapa Yang Harus Menjalani Ujian Ini?
Wanita yang berumur di antara 20-65 tahun, yang aktif seks atau pernah aktif seks dahulu, perlu menjalani ujian ini.

Berapa Kerapkah Ujian Ini Harus Dilakukan?
Ujian ini hendaklah dilakukan 3 tahun sekali.

Bilakah Masa Yang Terbaik Untuk Menjalani Ujian Ini?
Ia terbaik sekali dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid.

Ingatlah!!! Ujian PAP Smear Membantu Mengesan Kanser Serviks Di Peringkat Awal Dan Menambahkan Lagi Peluang Untuk Sembuh.

Apakah Rawatan Kanser Serviks?
  • Peringkat Pra Kanser
             ==> Pembedahan kecil dapat menyembuhkan dengan sempurna.
  •  Peringkat Kanser
            ==>  Pembedahan
            ==>  Radioterapi

Sumber: Pamplet Kesihatan KKM


No comments:

Post a Comment

Cuti hujung minggu

 Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...