Monday, 31 August 2015

Aku dan cerita merepek... Wassaaapppppppppppppp....

Assalamulaikum..
Kebelakangan ini beberapa masalah yang melingkari dan kesibukan serta ketiadaan talian internet menyebabkan dunia blogging seakan terabai dan dilupakan dalam mindaku. Dengan data network yang minima maka seharian hidupku hanya ditemani 'Whatsapp ' yang kadang-kadang dapat H+ dan kadang-kadang E+ ditalian android miniku. Namun apa yang aku perasaan lebih banyak GSM networking daripada H+ atau E+...
Angin perubahan yang melanda selepas banjir bukan sahaja dari segi fizikal persekitaran malahan minda juga kadang-kadang berubah dan sesak dengan anasir yang hadir bahana kepesatan yang aku dan teman-teman panggil wassap. 
Buruk baik sesuatu teknologi itu adalah ditangan kita samada menerima secara jujur dan celik minda atau terus tejebak dengan hasutan viral-viral yang menjadi medan fitnah alam maya. 
Buruk baiknya wassap adalah dalam diri kita sendiri. Satu penerimaan yang tiada beza dengan wanita diluar sana yang menggunakan wasap ini sebagai medan untuk menjadi lebih berinformasi serta menghubungkan dengan saudara mara di luar sana yang selama ini tidak pernah bersua muka apatah lagi mengenali.
Wassap di android memainkan peranan penting untukku kerana penyebaran maklumat yang aku perlukan seperti sekitar dunia masakan. Sebelum ini aku membuka laptop dan menunggu loading untuk disambungkan ke internet untuk mencari resepi yang aku perlukan. Hari ini dengan adanya group wassap masakan di android maka aku hanya perlu meminta resepi yang aku perlukan dengan menaip di wasap sahaja maka adakalanya tidak sampai satu minit resepi yang aku minta sudah diterima di telefon tanganku.