Wednesday 23 July 2014

Lapor Diri Bertugas

Semalam aku mula melaporkan diri di tempat kerja. Perasaan berdebar dan bersemangat silih berganti. Setahun meninggalkan tempat ini akhirnya aku menjengah kembali.
Adakah ianya menjadi satu situasi yang baru? Ya, apabila aku melangkah ke pejabat daerah ianya masih sama susun aturnya dan aku tidak kesesatan untuk mencari arah tempat tuju ku. Kakitangan juga masih sama seperti yang aku tinggalkan setahun yang lepas.
Tetapi apabila aku melangkah ke penempatan aku banyak benda yang berubah. Bukan setakat susun atur yang lebih cantik malahan kakitangan juga ramai yang baru. Penambahan kakitangan baru dan penggantian staf yang berpindah menyebabkan aku hanya mampu tersenyum dan mengangguk kepala sahaja sebagai salam perkenalan.
Seharian di tempat kerja aku banyak memerhati dan mempelajari benda yang baru terutama berkaitan dengan dokumen yang baru. Nampaknya aku perlu lebih gigih dan perlu sedikit masa untuk mempelajari benda-benda baharu ini.
Selamat Kembali Aron Kin... ke alam dan suasana yang baru.


No comments:

Post a Comment

Cuti hujung minggu

 Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...