Thursday 31 July 2014

Selamat Hari Raya Idilfitri 2014

Ramadhan 1435H sudah meninggalkan kita. Hari ini juga merupakan hari ke-4 kita merayakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Tahniah untuk semua dan juga muslimin yang sedang melakukan puasa 6 syawal. Anda bagaimana?
Lafaz Niat puasa sunat enam syawal : “Sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.

Abu Ayyub Al-Ansari RA meriwayatkan, Nabi SAW bersabda :
"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun . (HR. Muslim).

Imam Ahmad dan An-Nasa'ie, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi SAW bersabda:
"Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh." ( Hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam "Sahih" mereka.)

Berpuasalah enam hari di dalam bulan Syawal. Walaupun sunat hukumnya, tapi fadhilatnya amat besar. Ia juga berperanan menampung lompang dan cacat puasa Ramadhan kita. Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Puasa Enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri. Ia juga mengekalkan tahap kesihatan kita di tahap yang ada kesinambungan (sihat) dengan keadaan semasa Ramadhan.

No comments:

Post a Comment

Cuti hujung minggu

 Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...