Bila bercerita pasal penat fizikal ini, aku bukanlah kerja seperti buruh kasar yang membanting tulang empat kerat di tengah panas. Aku masih lagi beruntung dapat bekerja di dalam bilik yang ber'aircond' dengan suhu di bawah 17
Sepanjang minggu lepas aku jarang berada di pejabatku. Travel sejauh 100km+ sehala berkursus selama dua hari seakan memberiku peluang untuk merehatkan minda lari dari bebanan tugasan di pejabat.
Itu cerita minggu lepas.
Minggu ini pula cerita lain dan cerita baru pula. Cerita baru yang menyeronokkan, yang haru dan membuat aku hampir terpilu.
Kerjaku berkaitan dengan masyarakat tidak kira lelaki atau perempuan, tua muda, kecil besar sehingga yang berstatus warga atau tidak aku hulurkan juga kedua belah tangan membantu menjalankan amanah yang diberi. Selama 14 tahun ini
Sekiranya ditanya samada peristiwa yang menyeronokkan atau tidak yang paling banyak memberi kesan sepanjang kerjayaku ini? Aku dengan bangganya menipu diriku sendiri "tentulah seronok bekerja".....
Orang cakap perlu keikhlasan dalam bekerja mencari rezeki yang halal. Aku setuju. Walaupun keikhlasan tidak dapat dilihat dengan jelas tetapi keikhlasan itu masih ada di hatiku dalam melakukan kerjaku ini. Kalau tiada keikhlasan tiadalah aku bertahan selama 17 tahun ini berdepan dengan kerjaya ini.
Bukan penyebab kerja ini adalah periuk nasiku tapi KESERONOKKAN bekerja yang aku temui dan kepuasan yang aku dapati apabila sesuatu tugasan dapat diselesaikan dengan jayanya membuat aku tekad dan bertahan dengan kerjaku ini.
Sesetengah orang cakap kerjaku glamour. Macam cerita kat TV tu... Tapi aku menyampah betul tengok cerita kat TV yang gedik semacam tu. Huh! Bestlah kalau cara kerja aku yang sebenar gedik sebegitu. Mengarutlah cerita kat TV tu. Aku dah menyampah nak tengok sekarang ni sebab realiti kerjaku jauh berbeza dengan jalan cerita 'Misiku Kuza'. Bagi aku cerita tu gedik dan menjatuhkan mertabat teman-teman sekerjayaku. Kita orang berkerja takdelah tergedik-gedik camtu. Ehem..! Tak nak komen lebih-lebih sebab aku sekali aje tengok cerita tu pastu sampai sekarang aku tak ingin tengok lagi. Aku mendengar dari mulut teman-temanku yang majoriti menyampah dengan cerita 'Misi Gedik' itu.
Kita sambung pasal cerita akulah pula. Pagi tadi lepas 'punch card', aku bersama doktor K di tempat, aku ke PDK berdekatan. Rutin bulanan ialah memeriksa dan memberi rawatan pelatih yang hadir ke PDK tersebut pada pagi itu. Sebenarnnya jumlah pelatih yang hadir tidaklah ramai sangat tapi kehadiran 14 orang pelatih 'Orang Kelebihan Upaya' di situ mencabar minda juga untuk berdepan dan menjalankan tugas. Aku 'salute' dengan staf di situ yang sabar dan penyayang sangat melayani pelatih-pelatih yang ada. Semenjak setahun mengenali anak-anak istimewa ini aku juga sudah boleh mengingati nama-nama mereka serta 'feel' perangai mereka. Kerja memujuk lebih banyak dari bantuan lain. Sebab itu aku salute kesabaran staf PDK iaitu Mie, Nurul, Na dan Ayu melayani pelatih-pelatih yang ada. Makan, minum bahkan 'berak kencing' dia orang pun dijaga bersih. Pelatih juga diajar untuk berdikari walaupun kebanyakan alami masalah pembelajaran yang kronik.
Hampir 1jam lebih bersama-sama pelatih di situ, aku pula meneruskan perjalanan ke Pasir Linggi.
Kg.Pasir Linggi adalah perkampungan Orang Asli yang terletak dalam Daerah Gua Musang tetapi bahagian Kesihatan Keluarga adalah di bawah Operasi tempat kerjaku. Aku pula ditugaskan untuk menjaga kawasan tersebut bersama seorang lagi temanku. Skop bidang tugasku untuk orang perkampungan ini sebenarnya melibatkan kesihatan ibu dan anak sahaja tetapi kebelakangan ini bebanan itu semakin bertambah.
Pagi tadi aku
Aku perhatikan juga walaupun jalan di kawasan ini sempit, berliku dan berbukit bukau, masih ada lagi budak-budak dari luar penempatan ini yang tinggal di pinggir kampung keluar masuk dan melalui jalan ini. Budak-budak ini terutama budak yang sama aku kerap terserempak memandu laju, sehinggakan beberapa kali kenderaan yang aku naiki hampir terbabas kerana mengelak dari terlanggar motor yang terbabas masuk ke lorong kenderaanku. Sumpah seranah dah biasa kita orang hamburkan lantaran terkejut dengan kemunculan diselekoh tajam. Syukurlah kerana pemandu opeh aku sangat cekap dan berhemah memandu. Bahkan kami pernah terserempak dengan budak-budak motor yang menghala 'straight' ke arah kenderaan kami dan tergolek di depan kereta kami. Budak-budak rempit ( aku rasa sesuai gunakan) ini memang lasak dan degil ' babil' ... lepas tu dia orang blah gitu aje sedangkan kenderaan kita orang dah masuk parit mengelak motor rempit hantu tu. Mujurlah pajero yang kami naiki juga lasak. Salute kat Encik O, Encik Z dan En R, pemandu yang cekap dan dedikasi.
![]() |
Lorong Balak... |
![]() |
Tempat Pembuangan Sampah |
![]() |
Penempatan Perkampungan Pasir Linggi |
![]() |
Muhammad Hussin Bin Abd Ghani |
CERITA AKU INI AKAN BERSAMBUNG LAIN KALI KERANA JAM SUDAH PUKUL 12.42 PAGI. AKU PERLU TIDUR DULU WALAUPUN MATA MASIH BELUM MENGANTUK TETAPI BESOK AKU PERLU BANGKIT AWAL SEPERTI BIASA PERSIAPAN KE SEKOLAH DAN KERJA...
![]() |
Misiku Yang Dedikasi |
![]() |
Pandangan dari halaman rumah salah seorang penduduk |
No comments:
Post a Comment