Tuesday 4 June 2013

Aron Kin Berbicara

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Selamat bersua di blog aku entah yang ke berapa.
Kalau orang gila ber'blog' aku adalah antara orangnya.
Sebelum ini aku dah punya banyak blog sampaikan aku sediri sudah lupa kebanyakan password dan email blog aku itu.
Sebelum ini juga blog aku banyak berkisar mengenai bermacam-macam hal dipersekitaran aku.
Sebelum ini blog aku ada macam-macam cerita dan terputus dipertengahan jalan.
Sebelum ini aku jadi kaki blogger yang tidak bertauliah dan merosakkan mood orang yang melayari blog aku sebab blog aku semakin jarang 'up-date' dan akhirnya bersawang.
Sebelum ini aku banyak mencedok idea orang lain untuk membina blog aku sehingga hilang identiti asal blog aku sendiri.
Sebelum ini blog aku menjadi tempat aku berkongsi karyaku termasuk puisi, sajak, pantun, cerpen dan novel bahkan skrip drama tetapi hanya aku sorang yang menghayati dan syok sendiri.
Sebelum ini blog aku bercerita pasal aktivit dan peristiwa seantero disekeliling aku sehingga aku sendiri sudah tidak tahu mana yang betul dan mana yang silap bila bercerita.
Sebelum ini aku ghairah 'copy-paste' karya orang yang menarik hingga aku hilang identiti aku sendiri.
Sebelum ini dan sebelum ini aku pun kehabisan idea untuk berceloteh kerana aku tidak perlu berkongsi semua rahsiaku dengan semua orang.
Wakakaka.... Otak berkarat.






No comments:

Post a Comment

Cuti hujung minggu

 Semalam adik AK mengajak AK berkelah di air terjun berdekatan rumah. Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke sini semenjak banjir melanda...