Sebelum ini aku pernah beberapa kali menjejak kaki ke sini.Aku pernah mewakili daerah kerjaku di dalam pertandingan 'Oral' peringkat negeri dan aku berjaya mendapat tempat ke-3 tahun 2012. Selain itu aku juga hadir mengikuti kursus dalam perkhidmatan di sini beberapa kali semenjak aku bekerja di negeri ini.
Bercerita berkaitan kursus semalam, aku hadir sebagai Fasilitator kursus. Persediaan mental dan fizikal aku perlukan apabila aku terpaksa berdiri di depan mengendalikan bengkel bersendirian, walaupun peserta untuk setiap sesi hanya 10 orang tetapi aku terpaksa mengulangi perkara yang sama sebanyak 4 pusingan. Tengah hari itu apabila melibatkan peserta sesi kumpulan ke-4, aku hampir tiada suara.
![]() |
FMS Dr Roshana dan FMS Dr Jusoh Fasilitator Kursus |
![]() |
Peserta Kursus |
Ketika masa masih ada 15 minit lagi untukku tamatkan sesi, barulah urusetia muncul di bengkelku. Alhamdulillah, rupanya aku yang tersilap kerana software laptop yang disediakan oleh urursetia adalah lebih mudah untuk dikendalikan berbanding laptopku yang menggunakan Windows 8. Sebenarnya belum banyak lagi software aku install di dalam laptopku. Dalam masa 15 minit itu maka aku hampir semput nafas bercakap dan bercakap untuk menyampaikan maklumat yang diperlukan.
Semasa sesi untuk kumpulan ke-2 dan seterusnya , Alhamdulillah berjalan lancar kerana aku dapat mengendalikan majlis dengan licin apabila sesi bengkelku dan peralatan dapat diaplikasikan dengan sepenuhnya seperti yang dirancangkan.
Kursus ini berjalan secara santai namun peserta tetap diajukan dengan soalan berkaitan kerja dan tindakan serta tujuan setiap tindakan di ambil.
Peserta juga diberi kertas penilaian kursus untuk diisi dan diserahkan kepada urursetia.
Rata-rata peserta melahirkan rasa bersyukur dan memuji kerana dapat menghadiri kursus ini dan berharap agar kursus ini diperluasakan lagi untuk semua kakitangan yang terlibat terutama kakitangan barisan hadapan. Perkongsian ilmu dan pengalaman telah dapat membuka minda dan matlamat kursus dapat dicapai serta mengharapkan setiap peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan pengalaman yang didapati dari kursus ini di tempat kerja masing-masing.
![]() |
Penceramah Paediatrician Dr Noraini |
Kursus ini telah ditamatkan dengan jayanya. Terima kasih untuk semua peserta, urusetia serta Fasilitator kursus atas perkongsian ini.
Segala kecacatan yang disebabkan oleh kealpaan aku sendiri telah memberi pengajaran untukku agar persediaan perlu dilakukan dan lebih berhati-hati di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment